Jumaat, 10 Disember 2021 | 8:30pm

Tablet HUAWEI sesuai untuk si manja

SEJAK kebelakangan ini, permintaan terhadap tablet semakin meningkat terutama ketika pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan.

Hal ini menyebabkan semakin banyak pilihan tablet tersedia di pasaran seperti jenama HUAWEI yang turut mempunyai tiga kategori tablet iaitu MatePad Pro, MatePad, dan MatePad T Series bagi memenuhi keperluan pengguna berbeza.

Bagaimanapun, sebagai ibu bapa pasti tidak lari daripada perasaan bimbang jika anak terlihat kandungan berbahaya, tidak sesuai dan menyalahi undang-undang ketika dalam talian.

Namun, penggunaan tablet mahupun telefon merupakan satu keperluan asas buat semua orang termasuk kanak-kanak dan remaja masih bersekolah bagi tujuan pembelajaran.

Oleh itu, penting untuk ibu bapa memenuhi keperluan harian dalam masa sama melindungi anak-anak.

MatePad Pro 12.6 inci pilihan terbaik untuk anak kecil

Dilengkapi skrin OLED 12.6 inci dengan resolusi 2560x1600 dan DCI-P3 serta penarafan ketepatan warna pastinya memberi kepuasan kepada anak kecil.

Selain keupayaan paparan yang sangat baik, ia juga didatangkan dengan lapan pembesar suara yang dapat memberikan anak anda pengalaman hiburan terbaik menerusi nada dan perincian yang jelas.

Didatangkan dengan bateri kapasiti besar 10,050 mAh, MatePad Pro turut mampu melakukan pengecasan pantas dalam masa dua jam dengan sokongan 40W SuperCharge serta mampu bertahan sehingga 14 jam.

Secara tidak langsung, anak anda mampu mengikuti sesi pembelajaran dengan lancar seharian tanpa perlu mengecas berulang kali.

MatePad Pro 12.6 inci dikuasakan oleh pemprosesan Kirin 9000E juga mempunyai penyimpanan besar iaitu 8 + 256GB yang boleh mengendalikan pelbagai aktiviti seperti melayari internet, memainkan konten video pembelajaran dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut boleh dipadankan dengan M-pencil (Generasi kedua) yang memudahkan anak-anak melihat pengajaran di atas talian atau berhibur.

Lebih menarik, peranti ini dilengkapi dengan keupayaan pengecasan tanpa wayar dan terbalik sehingga 27W yang boleh menjimatkan masa pengguna dengan dengan meletakkan peranti seperti telefon dan jam tangan pada panel belakang tablet untuk pengecasan tanpa wayar.

Hadir dalam warna Matte Grey dan Olive Green, tablet ini boleh didapati pada dua harga  berbeza iaitu RM3,999 untuk pakej Matte Grey dan papan kekunci sementara RM4,399 bagi pakej Olive Green, M-pencil dan papan kekunci.

MatePad 11 

Dengan skrin 10.95 inci dan kadar penyegaran hingga 120hz, HUAWEI MatePad 11 memberikan pergerakan dan visual yang lebih lancar untuk anak anda. 

Tablet ini dijana dengan pemproses Snapdragon 865 serta empat pembesar suara dan empat mikrofon untuk bunyi sekeliling yang boleh mengendalikan semua aplikasi dan aktiviti dengan lancar.

Selain itu, ia juga boleh dipadankan dengan M-pencil (Generasi kedua) dan papan kekunci, padanan ini memberikan tahap respons yang tinggi dengan latensi serendah 2ms pada stylus.

Ini sekali gus membolehkan anak anda menulis atau melakukan aktiviti pembelajaran harian  dengan lebih mudah.

MatePd 11 boleh didapati dalam dua warna, saiz dan harga berbeza iaitu Matte Grey 6+128GB pada harga RM1,999 manakala RM2,399 bagi Olive Green 6+256GB.

Lebih menarik, kedua-dua HUAWEI MatePad Pro dan MatePad 11 menggunakan sistem HarmonyOS yang menyokong HUAWEI Share dengan telefon pintar dan komputer riba.

Terdapat tiga mod tersedia pada kolaborasi pelbagai skrin antara peranti:

Mod cermin (mirror mode) - Skrin komputer riba boleh dicerminkan pada tablet menunjukkan kandungan yang sama.

Mod lanjutan (extend mode) - MatePad Pro dan MatePad 11 berupaya menyokong paparan tambahan komputer riba. Pengguna boleh membuka banyak tab dalam satu peranti dan dapat membandingkannya dengan mudah dengan membuka fail secara serentak pada dua peranti.

Mod kolaborasi (collaborate mode) - Pengguna boleh menaip dengan papan kekunci komputer riba atau tetikus untuk menyeret dan melepaskan fail antara peranti dengan lancar sekali gus menjimatkan masa untuk memindahkan kandungan berbanding menggunakan pemacu USB atau aplikasi pihak ketiga.

HUAWEI MatePad 10.4

Tablet  MatePad 10.4 didatangkan dengan skrin 2k serta paparan penuh 10.4-inci serta nisbah skrin-ke-badan 84 peratus. 

Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara empat segi oleh Harmon Kardon pasti memberikan anak anda pengalaman multimedia yang mengasyikkan.

Selain sokongan Wifi 6, storan dalaman ditawarkan juga cukup besar iaitu  4+128GB yang mampu memudahkan anak-anak anda menyimpan tugasan atau memuat turun aplikasi pembelajaran di dalam tablet sahaja.

Tambahan, ia bukan sahaja serasi dengan M-pencil dan papan kekunci malah boleh berkongsi fail menerusi HUAWEI Share dengan telefon pintar.

Peranti ini didatangkan dalam dua versi iaitu LTE 4+64GB berharga RM1,399 yang hanya tersedia secara dalam talian, sementara versi WiFi 4+128GB tersedia secara fizikal dan dalam talian pada harga RM1,499.

MatePad T10S dan T10

Manakala, HUAWEI turut memperkenalkan Skrin FHD 10 inci tablet MatePad T10s dan MatePad T10 9.7 inci bagi ibu bapa yang mencari table mampu milik.

Ia dilengkapi dengan pelindung mata yang disahkan oleh TÜV Rheinland serta sudut kanak-kanak bagi menapis kandungan dan mengurus aplikasi.

Pengguna boleh mendapatkan MatePad T10 2+32GB secara eksklusif dalam talian pada harga RM799 manakala T10S 2+32GB versi LTE secara runcit dan dalam talian hanya pada RM899.

Image

Sudut kanak-kanak dalam semua MatePad

ImageHUAWEI MatePad dilengkapi pelbagai ciri khas yang direka untuk melindungi penglihatan kanak-kanak seperti 'Sudut Kanak-Kanak'.

Menerusi sudut ini, ibu bapa boleh memantau segala aktiviti anak dari peranti seperti menetapkan masa untuk bermain, melihat pemasangan aplikasi baru di tablet anak atau melihat kandungan dilayari.

Dengan cara ini, ibu bapa dapat mengawal anak mereka dengan menetapkan had harian penggunaan telefon mereka.

Sebagai contoh, anda boleh menetapkan had penggunaan telefon hanya selama 20 minit selepas sekolah antara 5 petang hingga 6 petang, atau selepas makan malam antara 7 malam dan 9 malam pada hari persekolahan.

Tiada had penggunaan pada hari Sabtu dan Ahad untuk anak anda agar membawa keseimbangan sempurna antara belajar dan bermain untuk memenuhi keperluan yang berbeza.

Lebih menarik, di ruangan 'Sudut Kanak-Kanak' ini, anak anda hanya dibenarkan melihat kandungan sesuai mengikut usia mereka tanpa kandungan ibu bapa supaya mereka boleh menggunakan tablet dengan bebas.

Manakala, bagi memastikan anak anda menggunakan tablet dengan selamat, HUAWEI turut menambah fungsi menarik iaitu graviti sensor dan algoritma yang mana dapat mengesan sama ada pengguna sedang berbaring dan menggunakan tablet.

Ini kerana, apabila berbaring, otak mengeluarkan isyarat untuk memperlahankan irama sirkadian dan boleh menyebabkan ketegangan dan keletihan mata. 

Tablet akan menggesa anak anda untuk menyesuaikannya kedudukan duduk jika mereka baring terlalu lama.

Penapis cahaya biru

ImageSemua sedia maklum, penggunaan cahaya biru berlebihan boleh terus menembusi melalui kanta dan menyebabkan kerosakan tidak dapat dipulihkan pada saraf optik. Ini boleh membawa kepada rabun dan kerosakan mata kanak-kanak.

Teknologi 'Penapisan Cahaya Biru' membolehkan tablet menukar ton sejuk kepada ton warna hangat pada paparan untuk mengurangkan cahaya biru bagi melindungi mata dan mencegah rabun anak anda. 

Dengan fungsi 'Amaran Jarak', tablet secara automatik akan memaparkan peringatan untuk kanak-kanak menyimpan tablet pada jarak yang selamat dari mata mereka. 

Apabila mata kanak-kanak dikesan dekat dengan skrin tablet, tablet akan memberikan peringatan: "Jauh sedikit dari skrin!" sebagai peringatan.

Antara ciri lain terdapat pada tablet HUAWEI ini adalah fungsi 'Amaran Kecerahan' yang boleh mengenal pasti sama ada anak anda menggunakan tablet dalam persekitaran yang terang atau malap untuk menyedarkan mereka.

Bukan itu sahaja, tablet ini turut dilengkapi dengan fungsi 'Amaran Jalan Beralun' yang akan mengingatkan kanak-kanak untuk menggunakan tablet dalam keadaan stabil bagi memastikan mata mereka sihat tanpa ketegangan otot mata.

Manakala, dalam mod E-Book, kanak-kanak akan teruja dengan warna dilaraskan kepada hitam dan putih untuk memberikan kesan seperti kertas. 

Bukan itu sahaja, Tablet HUAWEI Matepad mempunyai storan besar memenuhi keperluan pengguna terutama kanak-kanak untuk belajar.

-MatePad Pro 8GB+256GB menyokong external memori  sehingga 256GB (kad nm)

-MatePad 11 6+128/6+256GB menyokong external memorisehingga 1TB (microSD)

-MatePad 10.4 4+64/4+128GB menyokong external memorisehingga 512GB(microSD)

-MatePad T10s 4+128GB menyokong external memori sehingga 512GB(microSD)

-MatePad T10 2+32GB/2+64GB menyokong external memori sehingga 512GB(microSD)

Ini sekali gus membolehkan remaja dan kanak-kanak kecil malah orang dewasa khususnya menikmati pelbagai hiburan multimedia bersama mereka ke mana sahaja mereka pergi.

ImageSelain itu, tablet ini turut mempunyai penapisan cahaya biru yang diperakui oleh TUV Rheinland, yang mana tablet secara automatik melaraskan kecerahan menggunakan mengikut keadaan cahaya sekeliling.

Jika anda ingin melakukan sesuatu lewat malam menyemak imbas di web, Mod Gelap akan menggelapkan antara muka tablet supaya mengurangi ketegangan mata setelah melihat skrin sepanjang hari.

Tambahan, MatePad Pro dan MatePad 11 mendapat pengiktirafan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland (Hardware Solution) dan Pensijilan Flicker Free.

Reka bentuk yang ringan dan bergaya

Dengan reka bentuk menarik, kesemua model Matepad menyerlahkan lagi keanggunan tablet dengan warna Deep Blue Sea (MatePad T10, MatePad T10s), Midnight Grey (MatePad 10.4), Matte Grey (MatePad Pro, MatePad 11) dan Olive Green (MatePad Pro, MatePad 11).

Tablet Huawei mencapai ketebalan dari 25mm dan hanya dari 450g membolehkan kanak-kanak anda tidak akan merasa lenguh sewaktu menggunakannya dalam jangka masa yang lama.

Dalam pada itu, di AppGallery terdapat pelbagai aplikasi yang sesuai buat keluarga dan si manja anda.

Permainan : SuperWings: Jett Run, Talking Tom Cat, Miga Town, Super Panda, Baby Panda

Hiburan : Netflix, YouTube Kids, Bilibili, WeTV, RTM Mobile, Kidoodle.TV

Pembelajaran : ZOOM, BBC learning english, Webex, Kahoot, OSEM, Gauthmath-fastest math solver, Lingokids-English for Kids, Oxford Dictionary of English, Learn and Write the Arabic Alphabet, Cambly, Pal-Fish Reading,  Drawing desk

Untuk mendapatkan aplikasi menarik ini, anda hanya perlu memuat naik aplikasi di AppGallery dan Muat turun melalui Petal Search (dalam AppGallery)

ImageSecara jelasnya, siri tablet  MatePad  HUAWEI pasti memenuhi keperluan anak-anak sambil memberikan kenikmatan hiburan buat mereka.

Kini, anda tidak perlu lagi bimbang jika anak melayari laman web yang tidak selamat dengan pelbagai fungsi ciri keselamatan yang dipercayai dan selamat.

Dilengkapi dengan pelbagai teknologi berkuasa tinggi, MatePad Pro pasti memberi kepuasan berganda buat pengguna.

Sementara itu, MatePad 11 dan MatePad 10.4 memberikan pergerakan dan visual yang lebih lancar dengan kadar penyegaran 120hz.

Manakala, bagi anda yang mencari tablet mampu milik, HUAWEI menawarkan dua pilihan tablet menerusi MatePad T10 dan T10s.

Untuk maklumat lanjut mengenai tablet HUAWEI, layari http://consumer.huawei.com/my atau laman rasmi Lazada, Shopee dan HES Store.

Berita Harian X