Khamis, 6 Ogos 2020 | 2:39pm
Kelab Usahawan Muslim Profesional sudah melahirkan lebih 100,000 usahawan dalam pelbagai bidang selepas diberi latihan dan kursus kemahiran bagi mengubah nasib mereka dan keluarga. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Kelab Usahawan Muslim Profesional sudah melahirkan lebih 100,000 usahawan dalam pelbagai bidang selepas diberi latihan dan kursus kemahiran bagi mengubah nasib mereka dan keluarga. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Lebih 100,000 wanita ikuti kursus keusahawanan

KUALA LUMPUR: Kelab Usahawan Muslim Profesional sudah melahirkan lebih 100,000 usahawan dalam pelbagai bidang selepas diberi latihan dan kursus kemahiran bagi mengubah nasib mereka dan keluarga.

Pengerusinya, Datin Juita Abu Hanipah, berkata sebagai NGO wanita, beliau bersama ahlinya memberi sokongan dan mengingatkan golongan terjejas tidak berputus asa dengan menceburi bidang tertentu.

Kelab Usahawan Muslim Profesional, Datin Juita Abu Hanipah.
Kelab Usahawan Muslim Profesional, Datin Juita Abu Hanipah.

Katanya, wanita diberi latihan kemahiran, khidmat nasihat, sesi motivasi supaya lebih berdaya saing mental dan fizikal terutama selepas ramai yang terkesan akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya menyediakan kelas secara dalam talian dan sering membuat perkongsian 'Live' di Facebook bagi membantu mempromosikan produk keluaran mereka.

"Ketika fasa PKPP, ramai usahawan terpaksa mengurangkan pergerakan kerana terpaksa mengikuti SOP. Jadi, saya galakkan mereka mempromosi menerusi media sosial, selain menjadi runner bagi menghantar barang terus ke pintu rumah pelanggan," katanya.

Beliau berkata, usahawan wanita ini turut diajar cara untuk menghasilkan video yang menarik bagi produk dan memaparkan testimoni pelanggan menggunakan pelbagai platform.

Sokongan kepada usahawan wanita perlu terus digerakkan dengan cara menggalakkan mereka berdikari.

"Usaha untuk meraih pendapatan sendiri ini amat penting terutama dalam kalangan ibu tunggal dan yang ditinggalkan," katanya.

Juita berkata, antara inisiatif digerakkan kelab itu adalah membuka pusat latihan keusahawanan dinamakan JNA Professional Training Centre dan Zue Beauty Academy bagi melatih, memberikan galakan dan sokongan usahawan meningkatkan kemahiran.

"Kursus kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menambah kemahiran secara mingguan melalui kelas asas keusahawan, solekan, teknik pemasaran, khidmat pelanggan, kemahiran komunikasi dan asas kewangan," katanya.

Berita Harian X