Jumaat, 2 Disember 2022 | 2:26pm
Rekaan kasut unik, selesa dan ada kusyen beri sokongan kepada kaki elak kesakitan. - Foto/Ihsan Skechers
Rekaan kasut unik, selesa dan ada kusyen beri sokongan kepada kaki elak kesakitan. - Foto/Ihsan Skechers

Aktiviti riadah lebih selesa dengan kasut ringan

Kini ramai mula menjadikan rutin kecergasan sebagai sebahagian gaya hidup, sama ada bersukan, berlari atau hanya bermula dengan berjalan kaki.

Aktiviti berjalan itu tidak hanya beriadah, tetapi rutin kerja seharian memerlukan sepasang kasut yang memberikan sepenuhnya keselesaan, ringan di samping rekaan serta warna menarik.

Bertepatan itu, Skechers melancarkan generasi keempat pilihan kasut Max Cushioning dengan koleksi rekaan khas untuk peminat kecergasan daripada segenap lapisan peringkat.

Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee, berkata pihaknya sentiasa merekabentuk kasut yang menggabungkan

keselesaan dan gaya dengan sempurna.

"Rangkaian kasut ini menggabungkan gaya unik, selain kusyen kekal konsisten membuatkan pemakai selesa sekali gus mendapat sokongan kaki yang sangat baik.

"Jadi dengan menggabungkan inovasi teknologi terkini ke dalam rangkaian baharu ini, bersama tapak luar Goodyear, ia memberi ketahanan, keselesaan dan daya tarikan yang maksimum.

"Atas sebab ini, peminat sukan kecergasan hingga mereka yang menjalani sesi senaman paling ketat dan mencabar akan dapat menyelesaikan latihan mereka dengan yakin," katanya.

Terdahulu, lebih 3,000 peserta termasuk kanak-kanak dan warga emas menyertai Skechers Malaysia menjayakan acara Skechers Friendship Walk yang berlangsung di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil sempena pelancaran koleksi Skechers Max Cushioning. Hadir sama, duta jenamanya, Ayda Jebat yang meluangkan masa berjalan serta melakukan aktiviti zumba.

Sebagai menghargai penyertaan orang ramai yang menyempurnakan acara berjalan kaki sejauh lima lima kilometer, Skechers Malaysia menyumbangkan dana sebanyak RM10,000 kepada Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (MAKNA) sebagai menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Menariknya, Max Cushioning Delta memberikan keseimbangan luar biasa bagi mereka yang ingin bergaya tetapi pada masa memiliki kasut yang sesuai untuk sesi senaman biasa di gimnasium.

Cirinya disyorkan untuk peminat kecergasan tegar yang menginginkan kasut selesa dan tahan lasak untuk aktiviti senaman intensif.

Max Cushioning Essential pilhan terbaik untuk mereka yang melakukan senaman ringan dan menghargai keselesaan serta sokongan tetapi juga mahukan sepasang kasut yang tahan lasak, ringan dan selesa sepanjang hari anda. Ia sekali gus memenuhi keperluan kasut serba guna

Berita Harian X