X
Rabu, 1 Januari 2020 | 11:53am
DR Wan Azizah menghadiahkan beg tangan kepada Emine Erdogan (kanan), sempena KL Summit, baru-baru ini, dihasilkan Siti Nor Hanir.
DR Wan Azizah menghadiahkan beg tangan kepada Emine Erdogan (kanan), sempena KL Summit, baru-baru ini, dihasilkan Siti Nor Hanir.
ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.
ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.

Tas tangan usahawan tempatan pilihan TPM

KUALA LUMPUR: Kepercayaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan tas tangan buatan Malaysia memberi impak positif terhadap perkembangan dan pembangunan industri fesyen tempatan.

Sebagai pemimpin negara, sikap beliau mengagungkan produk tempatan secara tidak langsung mempromosi hasil kerja tangan usahawan wanita ke persada dunia.

Kesungguhan itu terserlah, apabila Dr Wan Azizah, baru-baru ini, membeli tas tangan daripada seorang pengusaha tas tangan jenama Handmade Bag ct N honey, dihasilkan usahawan tempatan, Siti Nor Hanir Zanar Misro, 46.

Lebih menarik, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menghadiahkan cenderahati beg tangan buatan Siti Nor Hanir kepada isteri Presiden Turki, Emine Erdogan yang menghadiri KL Summit 2019, baru-baru ini.

Siti Nor Hanir yang berasal dari Bahau, Negeri Sembilan ini menjalankan perniagaan membuat tas tangan secara aktif sejak 2013 di Seremban.

SITI Nor Hanir menunjukkan antara koleksi beg tangan Handmade Bag ct N honey. - Foto Mahzir Mat Isa
SITI Nor Hanir menunjukkan antara koleksi beg tangan Handmade Bag ct N honey. - Foto Mahzir Mat Isa

Katanya, pada awalnya, beliau terkejut apabila diamanahkan menyiapkan cenderahati untuk dihadiahkan kepada pembesar dari Turki itu.

“Saya menerima panggilan daripada wakil Timbalan Perdana Menteri dan memberitahu hasrat ingin membeli beg tangan jenama saya.

“Saya diberitahu Dr Wan Azizah tertarik dengan beg tangan itu selepas melihatnya di laman web.

“Selepas berbincang wakilnya datang untuk melihat hasil tangan saya dan terus bersetuju membeli beberapa beg tangan yang saya buat,” katanya.

ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.
ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.

ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.
ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.

Beliau berkata, untuk beg yang ditempah ia adalah jenis frame beg dan agak rumit untuk dihasilkan kerana memerlukan beliau menjahit tangan ketika proses mencantum badan beg dan rangka beg.

Walaupun rumit, beliau teruskan penggunaan fabrik ini kerana inginkan pelanggan berasa lebih eksklusif memiliki Handmade Bag ct N honey.

“Oleh itu, saya hanya menghasilkan beg tangan yang menggunakan fabrik import, iaitu vintage Obi kimono. Kenapa Obi? Untuk vintage obi kimono setiap sehelai obi hanya dapat menghasilkan dua atau tiga beg sahaja.

“Pengeluaran obi itu sangat terhad dan sukar untuk mendapatkannya kerana ia dalam kategori vintage. Oleh itu, dari segi fabrik, corak dan warna hanya ada satu beg saja dan ia eksklusif,” katanya.

Kata ibu kepada enam anak ini, beliau sebelum ini tidak pernah menerima tempahan daripada mana-mana orang kenamaan, selain daripada Timbalan Perdana Menteri.

“Ketika diminta menyiapkan tempahan, pelbagai soalan timbul dalam fikiran. Saya masih tidak percaya beg saya sudi dipakai pemimpin nombor dua negara.

“Sehingga wakil Dr Wan Azizah memberikan gambar untuk menunjukkan kesungguhan tempahan itu. Perasaan bercampur-baur dan terharu kerana Dr Wan Azizah bukan sahaja sudi memakai beg saya, tetapi memanjangkan hasil kraf saya kepada wanita penting luar negara,” katanya.

ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.
ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.

ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.
ANTARA koleksi beg tangan tempatan Handmade Bag ct N honey yang setanding dengan produk antarabangsa.

Beliau berharap produk buatan tangan seperti dihasilkannya akan mendapat sambutan daripada pelbagai pihak, termasuk memasuki pasaran antarabangsa.

“Sejujurnya, saya mahukan beg buatan tangan ini dikenali terlebih dahulu di negara ini sebelum memasuki pasaran antarabangsa. Saya tidak mahu tergesa-gesa, lagipun ia memerlukan perancangan untuk menjelajah pasaran luar negara,” katanya.

Beliau berharap penghargaan Dr Wan Azizah menggunakan produk buatan Malaysia menjadi penanda aras untuk barangan buatan tangan tempatan lebih dipandang tinggi bukan sahaja rakyat tempatan, malah diterima pada peringkat antarabangsa.

“Saya percaya ada ramai pengusaha lain juga membuat barangan buatan tangan, terutama beg buatan tangan yang setanding jenama antarabangsa, cuma mereka masih tidak tahu bagaimana untuk memasarkan produk dan kebanyakan mereka hanya membuat sebagai hobi.

“Saya sentiasa mengalu-alukan kerajaan untuk memperkasakan wanita dalam bidang jahitan. Selain membuat beg ini, saya juga menganjurkan kelas menjahit beg” katanya.

Beliau juga menjual aksesori dan bahan membuat beg melalui laman web bebagmaker.com yang mana jenama BeBagMaker dan dirasmikan ketika Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) September lalu, di Alor Setar oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kongsi beliau, minat menjahit bermula sejak di bangku sekolah dan aktif semula selepas anak sudah bersekolah.

“Mula serius mengambil tempahan menjahit beg sejak 2013 dan menjual cuma dalam talian. Enam tahun saya membuat beg tangan ini. Antaranya menghasilkan beg silang, beg genggam, tote dan beg komputer riba,” katanya.

Beg dihasilkan ketika itu menggunakan fabrik seperti kanvas, kapas, linen dan songket dan dihasilkan tanpa pekerja untuk menjaga kualiti beg.

“Bagi menjaga kualiti dan kekemasan beg tangan saya utamakan pembikinannya bermula dari proses memilih kain sehingga jahitan. Penghasilan beg buatan tangan bukan suatu yang mudah, ia juga mengambil masa kerana perlukan ketelitian supaya produk dihasilkan berkualiti, kemas dan mengikut spesifikasi yang saya tetapkan,” katanya.

Berita Harian X