Selasa, 22 November 2016 | 8:09pm

Vivo Malaysia lancar V5

Vivo Malaysia melancarkan Vivo V5 yang dijual pada harga RM1,299 untuk pasaran Malaysia.
Vivo Malaysia melancarkan Vivo V5 yang dijual pada harga RM1,299 untuk pasaran Malaysia.

PETALING JAYA: Vivo Malaysia, pengedar telefon pintar jenama Vivo, melancarkan model baharu dengan jolokan "Perfect Selfie", Vivo V5 untuk pasaran Malaysia. 

Ditawarkan pada harga RM1,299, V5 yang dibuka untuk pratempahan sehingga 25 November ini dilengkapi kamera depan 20 megapiksel, sesuai untuk mereka yang gemar berselfie.

Model berasaskan kamera itu turut dilengkapi pencahayaan lembut dan perisian fotografi canggih yang membolehkan pengguna merakam gambar dalam cahaya samar-samar.

‎Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, berkata sejak diperkenalkan pada 2014 di Malaysia, ia menerima sambutan memberangsangkan, sekali gus meraih penguasaan pasaran 10 peratus dan berada pada kedudukan antara lima jenama utama di negara ini.

"Pengenalan V5 akan mengukuhkan kedudukan Vivo di pasaran Malaysia. Ketika ini, kami memiliki sehingga 4,000 pengedar, 2,000 tenaga kerja dan 16 pusat servis di seluruh negara," katanya kepada media selepas melancarkan Vivo V5 di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X