Selasa, 23 Jun 2015 | 11:23am
GAMBAR fail, konsol permainan dan kontroler PS4 dipamerkan pada hari terakhir Expo Hiburan Elektronik E3, di Los Angeles, California pada 13 Jun yang lalu. - Foto AFP
GAMBAR fail, konsol permainan dan kontroler PS4 dipamerkan pada hari terakhir Expo Hiburan Elektronik E3, di Los Angeles, California pada 13 Jun yang lalu. - Foto AFP

Sony perkenal varian terbaharu PS4

Sony, pengeluar rasmi PlayStation 4 (PS4) memperkenalkan varian terbaharu PS4 yang mempunyai konsol permainan video dengan penyimpanan sehingga 1 terabyte (1TB).

Siri ini tidak jauh berbeza dengan sebelumnya, namun bagi peminat tegar permainan video PS4, kemunculan konsol dengan penyimpanan 1TB ini pasti memberikan keceriaan.

Pemain bebas untuk bermain sebanyak mungkin permainan video kerana ruang penyimpanannya yang besar.

Tidak hanya mempunyai kapasiti penyimpanan lebih besar, PS4 siri 1TB ini juga hadir dengan sedikit perubahan pada rekaan luarnya.

Sony dalam kenyataannya berkata, rekaan PS4 siri 1TB ini dibuat mempunyai berat 10 peratus lebih ringan dibandingkan siri sebelumnya.

Bukan itu saja, spesifikasi PS4 siri 1TB ini juga mengalami peningkatan terutama pada penjimatan penggunaan tenaga.

Siri terbaharu PS4 ini akan mula dipasarkan di Eropah pada 15 Julai ini, sebelum mula dipasarkan ke negara lain termasuk Asia.

Mengenai harga, masih belum ada maklumat jelas dan tepat mengenainya.

Berita Harian X