Khamis, 2 April 2015 | 1:03pm
CIP prosesor untuk telefon pintar varian mewah pertama yang dilancarkan oleh MediaTek adalah Helio X10. - Foto Gimochina
CIP prosesor untuk telefon pintar varian mewah pertama yang dilancarkan oleh MediaTek adalah Helio X10. - Foto Gimochina

MediaTek sasar telefon pintar varian mewah

MediaTek melancarkan cip prosesor terbarunya yang disasarkan untuk produk telefon pintar varian mewah dalam usaha untuk meningkatkan namanya menjadi pengeluar cip prosesor terbaik dunia.

Ini kerana produk cip prosesor MediaTek sering kali tidak menjadi pilihan utama pengeluar telefon bimbit kerana mereka lebih memilih produk cip prosesor SoC dari Samsung ataupun produk cip prosesor keluaran Qualcomm walaupun masih ada juga telefon pintar yang menggunakan produk MediaTek seperti Lenovo dan Sony.

Cip prosesor untuk telefon pintar varian mewah pertama yang dilancarkan oleh MediaTek adalah Helio X10 yang dibangunkan dengan teknologi 64-bit dan mempunyai lapan teras dengan kelajuan hingga 2,2Ghz. Cip ini mampu menunjang skrin dengan 'refresh rate' hingga 120Hz, bahkan mampu melakukan mod video perlahan 480p.

Selain cip prosesor siri Helio X, MediaTek juga memperkenalkan cip siri Helio P yang ditujukan untuk produk telefon pintar varian menengah. Telefon pintar dengan cip prosesor Helio disasar dapat dikeluarkan suku kedua tahun ini.

Berita Harian X