Isnin, 6 Oktober 2014 | 9:51am

Telefon pintar teguh dan lasak

TELEFON pintar Ascend keluaran Huawei, model Ascend G7.
TELEFON pintar Ascend keluaran Huawei, model Ascend G7.

APABILA kuasa baterinya hanya tinggal 10 peratus, ia masih mampu bertahan selama 24 jam lagi. Begitulah kehebatan legasi telefon pintar Ascend keluaran Huawei, yang tidak ada pada telefon pintar lain.

Model Ascend G7 itu dijana oleh pemproses Qualcomm, quad-core 1.2 GHz dan dilengkapi bersama bateri tahan lasak 3000 mAh Li-Polymer membolehkan ia bertahan selama satu hari setengah dengan penggunaan yang maksimum tanpa perlu dicas semula.

Ia juga dilengkapi paparan skrin 13.75 sentimeter ( 5.5 inci) definisi tinggi (HD) dengan keupayaan sambungan 4G LTE Cat4 dengan kamera setinggi 13 megapiksel (MP), yang menjadikan telefon pintar itu amat mengagumkan. Keupayaan 4G LTE membolehkan pengguna memiliki akses internet yang terbaik di seluruh dunia

Bagi menampilkan kelainan, Huawei hadir dengan rekaan logam yang lebih elegan sekali gus memperlihatkan Ascend G7 sebagai telefon pintar yang amat teguh dan lasak berbanding lambakan telefon pintar di pasaran yang kelihatan seperti plastik.

Hanya senipis 7.6 milimeter (mm) dan seberat 165 gram (g), Ascend G7 dihasilkan daripada teknologi nano molding technology (NMT), yang menghasilkan rekaan logam premium.

Huawei turut menampilkan tiga pilihan warna iaitu perak, kelabu dan warna keemasan bagi memperlihatkan imej kemas dan lasak.

Kelebihan lain adalah penggunaan antena pintar yang membolehkan isyarat jaringan sentiasa berada pada tahap maksimum seterusnya dapat mengelakkan panggilan terputus-putus ketika bercakap.

Dilancarkan bersama aplikasi baharu Huawei iaitu EMUI 3.0, Ascend G7 amat mudah digunakan biarpun hanya dengan sebelah tangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini, layari laman web Huawei di www.huawei.com.

Berita Harian X