Khamis, 2 Februari 2017 | 3:04pm
ZILA dengan imej rambut 'blonde' mendapat kritikan daripada pengikutnya.
ZILA dengan imej rambut 'blonde' mendapat kritikan daripada pengikutnya.

Buka tudung, Zila tidak terkesan kritikan

ZILA mengejutkan ramai apabila beliau memuatnaik gambar bersama anaknya dengan imej tidak bertudung.
ZILA mengejutkan ramai apabila beliau memuatnaik gambar bersama anaknya dengan imej tidak bertudung.

KUALA LUMPUR: Tindakan penyanyi yang juga bekas isteri Along Cham, Zila Seeron, 29, tampil di Instagram tanpa tudung menerima kecaman daripada pengikutnya.

Warna rambut Zila yang keperang-perangan juga mendapat perhatian umum.

Bagaimanapun, kebanyakan pengikut Zila di laman sosial terbabit meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan perubahan imej yang dilakukannya.

"Sedihnya, dah elok bertudung, dibuka pula tudungnya. Semoga mendapat hidayah. Amin," kata pengikutnya yang menggunakan nama @nurmelati.

Pada masa sama, ada pengikut yang mengecam wanita berkenaan, kononnya beliau mengikut jejak langkah aktres, Uqasha Senrose, yang membuka tudungnya selepas beberapa tahun tampil dengan imej menutup kepala.

Bagaimanapun, segelintir peminat tidak lupa memberikan komen positif agar hati Zila terbuka semula untuk berhijab.

"Biarlah apa pun orang nak kata. Bergembiralah dengan kehidupan kamu kak Zila," ujar peminatnya, @dibawasha

Apa pun, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu bagai tidak terkesan dengan segala komen ditinggalkan netizen apabila terus memuat naik video di aplikasi Smule bersama penampilan terkininya.

Sementara itu, cubaan BH Online untuk mendapatkan ulasan daripada penyanyi terbabit gagal apabila beliau langsung tidak menjawab panggilan mahupun mesej yang ditinggalkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Berita Harian X