Rabu, 7 Disember 2016 | 12:39pm

Artis ternama hangatkan Anugerah Melodi

KUALA LUMPUR: Buat julung kali, program sensasi terbitan TV3 menganjurkan Anugerah Melodi 2016 yang direalisasikan untuk meraikan ikon hiburan tanah air.

Bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 9, ia mempertandingkan 10 kategori selain dihangatkan kemunculan ramai selebriti popular.

Kategori seperti Personaliti Filem, Personaliti Muzik, Personaliti Drama, Personaliti Pengacaraan, Personaliti Komedi, Pasangan Sensasi, Personaliti Media Sosial, Personaliti Fesyen, Personaliti Sukan dan Personaliti Sensasi Melodi 2016.

Malam kemuncak itu nanti akan dihangatkan persembahan Amy Search, Candy, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba serta Aiman Tino.

Penganjur juga tidak ketinggalan membawakan penghibur dari Indonesia iaitu Afgan, Marcell dan Rizky Febian.

Sementara itu, Anugerah Melodi 2016 kendalian AG Hot FM akan menyaksikan gandingan bekas hos Melodi terdahulu seperti Datuk Mahadzir Lokman yang juga pertama Melodi), Fauziah Ahmad Daud, Zizan Razak serta Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal.

Barisan penyampai anugerah pula terdiri daripada Nana Mahazan, Cheryl Samad, Ziana Zain, Senario, Lisa Surihani, Diana Danielle, Amar Baharin, Amyra Rosli, Fizz Fairuz serta Ummi Nazeera.

Terdahulu, Melodi adalah program infotaintment pertama di negara ini yang memberikan informasi terkini dan sensasi sejak diperkenalkan pada tahun 1992.

Berita Harian X