Khamis, 1 Disember 2016 | 11:33pm

Rock Bro! kutip RM5.4 juta

KUALA LUMPUR: Filem Rock Bro! mengutip RM5.4 juta selepas lima minggu menggamatkan pawagam di seluruh negara dan Brunei.

Filem trilogi Rock terakhir arahan Mamat Khalid itu mencatat lebih 420,000 penonton sepanjang tempoh sama.

Filem box office ini mula ditayangkan pada 27 Oktober lalu.

Mula ditayangkan di Singapura, filem Rock Bro! boleh didapati dalam bentuk DVD di pasaran sekarang.

Rock Bro! mengangkat kisah perjuangan rockers tanah air sekitar era 1980-an serta 1990-an yang menampilkan Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Baharom, Amy Juliet dan Kamarul Yusof.

Filem ini adalah pelengkap kepada dua judul sebelum ini iaitu Rock (2005) dan Rock Oo! (2013).

Rock Bro! adalah filem usaha sama antara Grand Brilliance Sdn Bhd dengan Enjit Semut Sdn Bhd.

Berita Harian X