Ahad, 8 November 2015 | 11:55pm

Drama Lorong Kecil Ke Syurga dinobat Drama Terbaik

PELAKON, Raja Ilya (kiri) yang memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi Drama Lorong Kecik ke Syurga bersama Izuan Fitri memenangi Anugerah pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama menerusi Drama Penyabong pada Anugerah Skrin 2015 di PWTC. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PELAKON, Raja Ilya (kiri) yang memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi Drama Lorong Kecik ke Syurga bersama Izuan Fitri memenangi Anugerah pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama menerusi Drama Penyabong pada Anugerah Skrin 2015 di PWTC. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR : Drama Lorong Kecil Ke Syurga dinobatkan sebagai drama terbaik Anugerah Skrin 2015 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Drama arahan Raja Mukhriz itu turut mengungguli kategori Lakon TV Terbaik, Penyunting Terbaik Drama dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama.

Lebih manis lagi, beliau turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik Drama .Ia sekali gus melakar sejarah peribadinya memenangi dua anugerah selepas pengiktirafan di Festival Filem Malaysia 27 sebagai Pengarah Harapan.

Manakala, Liew Seng Tat sutradara bagi filem Lelaki Harapan Dunia sekali lagi memenangi kategori Pengarah Terbaik Filem mengulangi kemenangannya di FFM 27 lalu.

Filem terbabit turut mendominasi kategori Lakon Layar Terbaik Filem dan Filem Terbaik.

Dua anugerah utama itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

Pelakon Sara Ali pula dinobat Pelakon Wanita Terbaik melalui drama Hak, sementara Amar Asyraf memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Dari Pintu Neraka) serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dirangkul Izuan Fitri menerusi drama Penyabong.

ASK 2015 mempertaruhkan 31 kategori yang merangkumi drama, filem, penerbitan dalaman dan teknikal.

Berikut senarai pemenang bagi beberapa kategori yang dipertandingkan dalam ASK 2015 ;

Kategori Drama

1. Drama Terbaik - Lorong Kecil Ke Syurga

2. Pengarah terbaik drama - Raja Mukhriz

3. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Amar Asyraf

4. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Sara Ali

5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Izuan Fitri

6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Raja Ilya

7. Drama Rantaian Terbaik - Hidayahmu Ramadan

8. Drama Rantaian Komedi Terbaik - Rubberband

Kategori Filem

9. Filem Terbaik - Lelaki Harapan Dunia

10. Pengarah Terbaik Filem - Liew Seng Tat

11. Pelakon Lelaki Terbaik - Beto Kusyairy

12. Pelakon Wanita Terbaik - Lisa Surihani

13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Sharnaaz Ahmad

14. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Ayu Raudhah

Berita Harian X