Selasa, 20 Oktober 2015 | 10:33am

Konsert The Blue Jeans ditangguh

KONSERT The Blue Jeans yang menampilkan kumpulan Exist, May dan Blues Gang terpaksa ditunda ke Disember 2015 kerana minggu terakhir Oktober dan awal November terdapat beberapa konsert berskala besar di ibu kota.
KONSERT The Blue Jeans yang menampilkan kumpulan Exist, May dan Blues Gang terpaksa ditunda ke Disember 2015 kerana minggu terakhir Oktober dan awal November terdapat beberapa konsert berskala besar di ibu kota.

KUALA LUMPUR: Penerbit Concert The Blue Jeans, Bombbay Worldwide menangguhkan konsert itu yang sepatutnya diadakan pada 23 hingga 25 Oktober ini di Istana Budaya.

Konsert itu yang menampilkan kumpulan Exist, May dan Blues Gang terpaksa ditunda ke Disember 2015 kerana minggu terakhir Oktober dan awal November terdapat beberapa konsert berskala besar di ibu kota.

Konsert besar seperti Konsert Wings 30 Tahun, Konsert Ku Mohon, Konsert Hujan, Konsert Kembara ..Kembara M.Nasir dan Konsert Siti Nurhaliza mula membuatkan peminat seni tanah air dalam dilema dan mereka terpaksa buat pilihan konsert mana yang berbaloi.

Pihak Penganjur Bombbay Worldwide ingin memohon maaf kepada peminat-peminat Exist, May dan Blues Gang dan berkata pihaknya bersama wakil Istana Budaya dan artis terbabit akan membuat sidang media mengenai penundaan tarikh dan pengumuman tarikh baharu serta mengenai cara penebusan tiket kepada sesiapa yg sudah membeli awal.

Sekali lagi pihak Bombbay Worldwide ingin memohon maaf kepada peminat tiga kumpulan berkenaan diatas kesulitan.

Berita Harian X