Jumaat, 11 November 2022 | 8:56am

MyeongDong Topokki perkenal konsep baharu di Indonesia

RESTORAN Korea jenama tempatan, MyeongDong Topokki Malaysia yang menyajikan menu rasa asli berasaskan makanan Korea melebarkan sayap ke Indonesia 9 Oktober lalu. 

Restoran berkonsep hidangan kasual pantas itu menjadikan pusat beli-belah Lippo Mall Puri, terletak di Kota Jakarta Barat sebagai lokasi pilihan.

MyeongDong Topokki dalam kenyataannya berkata pusat beli-belah ini adalah antara lokasi strategik di Jakarta kerana ia berada di kawasan tengah bandar dan kerap menjadi tumpuan masyarakat setempat.

Konsep baharu

Penampilan sulung restoran itu di Indonesia menyaksikan pelbagai pembaharuan dilakukan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan ketika menikmati hidangan di dalam premis.

MyeongDong Topokki membuat aliran yang berbeza di Indonesia dengan pelanggan mula masuk mengambil topokki, odeng dan diikuti koleksi twigim.

Pelanggan seterusnya membuat pesanan dan bayaran bagi hidangan makanan serta minuman utama yang juga akan meningkatkan pengalaman seolah-olah membeli makanan di Korea.

Konsep kasual pantas boleh diaplikasikan sepenuhnya di restoran ini memandangkan proses mengambil topokki, odeng, koleksi twigim adalah segera dan waktu menunggu untuk hidangan utama siap hanya sekitar 10 minit.

Sambutan luar biasa

Sejak ia mula beroperasi, MyeongDong Topokki di Lippo Mall Puri menerima sokongan luar biasa daripada masyarakat setempat termasuk pelancong asing yang berkunjung ke sana. 

Selain lokasinya yang strategik, keunikan hidangan makanan Korea yang disediakan mengikut cita rasa tempatan turut menjadi daya penarik bagi masyarakat Indonesia.

Di Malaysia, MyeongDong Topokki kekal popular dengan lebih 44 jenis hidangan Korea serta mendapat pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terkini MyeongDong Topokki, layari www.myeongdongtopokki.com.

Berita Harian X