Rabu, 2 November 2022 | 10:50am

Servis penghantaran Ninja Van Malaysia mudahkan peniaga

JUALAN secara dalam talian sememangnya menjadi suatu trend perniagaan yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat masa kini.

Sebagai peniaga, kepuasan hati pelanggan menjadi salah satu faktor yang dititikberatkan demi menjaga para pelanggan mereka.

Bagi pengasas dan pengarah Supercube International Sdn. Bhd, Hayfa Amira, pengalaman pelanggan dan ejen jualan adalah fokus utama mereka dalam mengendalikan perniagaan.

Oleh itu, mereka mengambil Ninja Van Malaysia sebagai rakan kongsi penting dalam operasi perniagaan mereka.

"Kami telah menggunakan servis Ninja Van Malaysia daripada perniagaan kami sebelum ini pada tahun 2019 dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Ninja Van Malaysia yang tidak menyusahkan.

Inilah sebabnya kami memutuskan agar meneruskan kerjasama dengan Ninja Van Malaysia untuk Supercube," katanya.

Tambahnya lagi, Supercube mempunyai sistem tersuai yang mana mereka boleh menerima pesanan pelanggan daripada ejen jualan. 

Sistem ini disambungkan kepada sistem Ninja Van Malaysia sekali gus membolehkan mereka mencetak slip penghantaran hanya dengan satu klik.

Pelanggan dan ejen jualan mereka akan menerima ID penjejakan secara automatik melalui sistem dan e-mel.

Tempahan dihantar dengan segera

Jika sebelum ini Supercube mengalami kesukaran menguruskan bahagian logistik perniagaan mereka, kini tidak lagi.

Dengan Ninja Van Malaysia, majoriti tempahan yang dibuat oleh pelanggan akan dihantar pada keesokan harinya.

Perkhidmatan pelanggan Ninja Van Malaysia juga sangat membantu dari segi menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan. 

Setiap kali pelanggan menghadapi masalah dengan bungkusan mereka, apa yang perlu dilakukan ialah menghubungi pasukan Ninja Van Malaysia dan isu tersebut akan diselesaikan dengan segera tanpa sebarang kesulitan. 

Mereka juga sangat terbuka kepada sebarang maklum balas dan ia memberikan hubungan kerja yang sangat baik.

Perkhidmatan yang sentiasa ditambah baik

Apabila diminta berkongsi mengenai kelebihan yang ada pada servis penghantaran Ninja Van, Hayfa berkata Ninja Van menawarkan perkhidmatan pelanggan yang sangat baik, penghantaran yang cepat dan cekap serta laporan pelanggan yang lengkap.

"Servis Ninja Van Malaysia juga bertambah baik terutamanya penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Mereka juga sangat konsisten dalam perkhidmatan pelanggan mereka yang cemerlang dan memberikan kami kemas kini dengan laporan bulanan," tambahnya lagi.

Bagi peniaga yang ingin menggunakan servis penghantaran Ninja Van Malaysia, daftar sebagai pengguna di laman sesawang Ninja Van Malaysia sekarang. 

Berita Harian X