PERKEMBANGAN pesat ekonomi digital terus mengubah landskap perniagaan menyebabkan kebanyakan syarikat dan perusahaan menerima perubahan atau bakal berhadapan dengan risiko ketinggalan ke belakang.
Situasi ini membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor korporat dan awam bergerak menuju ke arah digitalisasi, seterusnya mempercepatkan ekonomi digital di Malaysia.
Urus niaga sesebuah organisasi pastinya telah banyak berubah terutamanya ketika pandemik melanda negara di mana ia perlu dilakukan secara dalam talian selain mempunyai sambungan yang lancar sebagai satu keperluan utama.
PKS, sektor korporat dan awam di Malaysia harus menyesuaikan diri dengan perubahan ke arah penyelesaian digital.
Justeru, Celcom menerusi Celcom Business tampil menyediakan penyelesaian digital untuk membantu perniagaan meningkatkan kecekapan agar menjadi lebih produktif dan berkembang maju.
Bersama-sama Mencapai Kejayaan
Celcom Business bertekad bagi mewujudkan asas digital yang kukuh untuk organisasi sentiasa kekal di masa hadapan dan terus berkembang seiringan dengan dunia yang sentiasa berubah melalui penyediaan rangkaian yang terbaik, sebagai rakan kongsi teknologi yang menawarkan penyelesaian bertaraf dunia.
Selain itu, perkhidmatan yang ditawarkan Celcom Business juga dapat mempercepatkan pertumbuhan perniagaan melalui pendigitalan serta membantu perusahaan beralih daripada ketersambungan tradisional ke arah transformasi digitalisasi menyeluruh.
Seiring dengan slogan 'Bersama-sama Mencapai Kejayaan', Celcom Business boleh membantu usahawan mengharungi perubahan dan mengemudi pertumbuhan melalui ekosistem penyelesaian komprehensif mereka, yang merangkumi Solusi Mudah Alih yang menghubungkan perniagaan; Solusi Talian Tetap yang menghubungkan lokasi; Solusi IoT yang menghubungkan pelbagai mesin; Solusi Awan yang mengendali data secara efisien; dan Solusi Keselamatan Siber yang melindungi perniagaan anda daripada ancaman siber.
Untuk maklumat lanjut mengenai ekosistem solusi Celcom Business, sila layari www.business.celcom.com.my.