Jumaat, 23 September 2022 | 10:05am

Bawalz.my ganda jualan dengan REV Ad Manager

MENJALANKAN sesebuah perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan usaha keras serta waktu kerja yang panjang sebelum berjaya.

Maka tidak hairanlah sesetengah usahawan mengalah atau gagal atas pelbagai sebab terutama apabila mereka telah mencuba banyak cara untuk memasarkan perusahaan mereka.

Keadaan ini mungkin lebih sukar bagi mereka yang terlibat dalam industri yang kompetitif seperti perniagaan tudung yang mana pelanggan terdedah kepada banyak pilihan di pasaran.

Pemilik Bawalz.my Norsalsabila Zawawi turut merasai persaingan sengit dalam industri jualan tudung dan sedar dia perlu menambah baik perusahaannya agar kekal relevan dalam pasaran serta dapat menarik minat dan kepercayaan pelanggan.

Salsabila mula memasarkan tudung bawal sulam buatan tangan kepada rakan sekerja wanitanya sekitar tahun 2017, diikuti pembukaan akaun Instagram bagi mempromosikan perniagaan Bawalz.my.

Meskipun hanya menjalankan operasi perniagaan dari rumah di Kelantan, Salsabila aktif menggunakan media sosial untuk mensasarkan pelanggan di sekitar Selangor, Johor dan Seremban.

Selepas diperkenalkan dengan REV Ad Manager (RAM), penyelesaian unik memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan tabiat pengguna, Salsabila memutuskan untuk menjalankan kempen pengiklanan bersama RAM.

Melalui dua jenis pendekatan pengiklanan, Bawalz.my telah melabur RM2,000 yang menghasilkan keputusan 0.28 peratus click-through rate (CTR) daripada medium rectangle ads (MREC) dan peningkatan sehingga 4.46 peratus CTR untuk Mobile Sticky Bottom.

Kempen dua minggu itu memberi impak kepada Bawalz.my yang sebelum ini memperoleh sekitar RM5,000 hingga RM7,000 sebulan dan kini pendapatan mereka RM10,000 dalam masa dua minggu selepas menggunakan RAM.

Platform layan diri ini merupakan usahasama di antara REV Media Group dan Dattel Asia Group yang memberikan pengguna akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik.

Berikut manfaat yang bakal dinikmati apabila bekerjasama dengan RAM:

  • Membeli rangkaian penonton, bukan membeli saluran
  • RAM akan mengesyorkan dan menyediakan saluran optimum
  • Nikmati penyasaran audiens yang strategik dengan model pengguna AI

Memperkenalkan jenama kini bukan lagi suatu hal yang rumit mahupun memakan bajet. Paling penting, usahawan bakal menikmati hasil yang diinginkan hanya dengan 5 langkah mudah ini.

  1. Cipta kempen
  2. Cipta audiens
  3. Cipta reka bentuk
  4. Bayar dan terbitkan iklan
  5. Laporan prestasi

RAM bakal membantu memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan usahawan mencapai lebih ramai pengguna sasaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat yang ditawarkan REV Ad Manager, layari https://revmedia.my/rev-ad-manager/.

Berita Harian X