Khamis, 15 September 2022 | 4:41pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Pandemik tidak hentikan semangat pengusaha PMKS

SEJAK dunia dilanda wabak COVID-19, hampir kesemua aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Situasi ini mengakibatkan banyak perniagaan terutama Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) gulung tikar setelah aktiviti ini dibenarkan untuk kembali beroperasi.

Para peniaga yang masih bertahan terus mencari solusi bagi mengembangkan perniagaan mereka agar tidak mengalami nasib yang sama.

Pelbagai inovasi dan inisiatif dimanfaatkan oleh golongan peniaga demi membina kembali perniagaan yang terhenti.

Guna aplikasi sosial untuk berniaga

Kehadiran aplikasi sosial seperti TikTok sememangnya memberikan sinar baharu kepada para peniaga yang ingin kembali membangunkan perniagaan mereka.

Sambutan yang diterima daripada pengguna aplikasi sosial itu jelas memberikan harapan besar kepada para pengusaha bagi meneruskan perniagaan mereka.

Teliti trend semasa dalam perniagaan

Dapat dilihat juga, ramai pengusaha yang mula meneliti trend semasa dalam menjalankan perniagaan agar sentiasa memenuhi keperluan terkini.

Para pengusaha juga semakin bijak dalam mengenal pasti golongan sasaran yang berpotensi menjadi pelanggan mereka.

Kembangkan perusahaan dalam pemasaran digital

Bukan itu sahaja, para pengusaha kini lebih menekankan pemasaran perniagaan dalam dunia digital. 

Menggunakan media sosial sebagai platform utama, peniaga kini lebih bijak dalam menentukan corak pemasaran yang sesuai bagi memenuhi kehendak dan permintaan para pelanggan. 

Inisiatif ini membuka mata banyak pihak terutama syarikat telekomunikasi dalam memberikan yang terbaik kepada pengguna sekali gus membantu mereka membina semula kehidupan.

Terbaharu, unifi Business melancarkan pelan menarik melalui rangkaian penyelesaian perniagaannya untuk PMKS di Malaysia.

Menawarkan perundingan yang menyeluruh, penyelesaian digital dan perkhidmatan khusus, pelan ini membolehkan pengusaha PMKS mempertingkat dan mempercepat transformasi digital perniagaan mereka.

Pelan ini dicipta khas untuk pemilik perniagaan supaya mereka boleh menikmati lebih banyak penjimatan sehingga 24 bulan dengan bayaran serendah RM139.

Selain itu, unifi turut menawarkan unifi Business Fibre serta unifi Cloud Storage dalam satu pelan khas bagi memudahkan pengusaha menguruskan perniagaan mereka.

Terkenal sebagai penyelesaian perniagaan yang tersusun yang dikuasakan internet pantas dan stabil, rangkaian penyelesaian perniagaan ini merangkumi pelbagai kelajuan internet, bermula dari 100Mbps hingga 800Mbps.

Rangkaian penyelesaian perniagaan untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan produktiviti yang ditawarkan adalah seperti:

unifi Cloud Storage, membantu pengusaha menguruskan tugasan yang sering merumitkan seperti menyimpan data penting.

Penyelesaian ini memberi storan data yang fleksibel, selamat dan mudah diubah selain menyediakan akses untuk beberapa pengguna dan penyulitan selamat bagi meningkatkan produktiviti perniagaan.

Bertapak di Pusat Data Hijau TM yang diperakui, unifi Cloud Storage menyediakan ruang penyimpanan yang selamat untuk fail dan maklumat penting supaya pengusaha boleh memberi tumpuan kepada pengembangan dan keuntungan perniagaan.

unifi eCommerce Hub pula direka bagi menghubung dan memaksimumkan peluang pertumbuhan dengan lancar.

Penyelesaian ini menawarkan platform tunggal dan bersepadu yang mudah digunakan. 

Pengusaha boleh menyeragamkan saluran jualan luar dan dalam talian mereka, menguruskan inventori produk, pesanan, memantau jualan dan pendapatan, serta menguruskan pertanyaan di media sosial. 

Mereka juga boleh membina laman web interaktif termasuk  ciri pembayaran dalam talian serta rakan penghantaran yang tersedia.

Penyelesaian Keselamatan Siber direka bagi membantu PMKS melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber.

Ini merupakan penyelesaian yang mudah digunakan kerana ia membolehkan pengusaha fokus kepada perkara yang lebih penting seperti menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan. 

Disokong oleh penyedia keselamatan siber terkemuka di dunia, penyelesaian ini melindungi maklumat yang penting buat perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran IT, justeru menawarkan "Always On-Security for Always-On Businesses".

Kesemua pelanggan unifi Business akan dapat menikmati faedah sebagai ahli unifi Business Club (uBC), termasuklah akses kepada kandungan yang berkaitan dan terkini di portalnya.

Di sini, mereka boleh mendapatkan kandungan yang bermanfaat dan memberi inspirasi seperti webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tips perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharungi dunia perniagaan. 

Ahli uBC juga akan mendapat akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibatan komuniti yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Penyelesaian Perniagaan yang baharu, sila layari laman sesawang unifi Business sekarang.

Berita Harian X