PUTRAJAYA: Hasrat untuk membantu anak muda di Kuantan mendapat pekerjaan membuat- kan Syahiful Norefenddy A Samat membuka restoran dikenali, Atmosphere Industry yang menyediakan pelbagai makanan berasaskan fusion.
Beliau yang mempunyai latar belakang dalam bidang pengiklanan, berkata kebanyakan anak muda di negeri berkenaan mempunyai kemahiran, namun tidak mempunyai banyak peluang kerana Kuantan hanya satu bandar kecil.
Bertitik tolak daripada hasrat berkenaan, pada 2018 Syahiful berjaya mengubah sebuah banglo terbiar untuk dijadikan restoran.
"Kami mengambil masa empat bulan untuk membaiki dan mengecat semula banglo berkenaan. Kebanyakan proses baik pulih banglo ini dilakukan sendiri dengan dibantu oleh beberapa pekerja yang sehingga kini masih setia bersama kami.
"Syukurlah, ketika pandemik kami berjaya menambah sepuluh kakitangan yang berusia antara 20 hingga 50 tahun.
"Untuk sampai ke tahap ini banyak cabaran, terutama apabila mahu mengubah banglo ini menjadi sebuah restoran.
"Disebabkan objektif mahu membantu anak muda mendapat peluang pekerjaan, ia pembakar semangat ketika rasa mahu berhenti," katanya.
Atmosphere Industry asalnya banglo terbiar, kemudian diberikan sentuhan dekorasi menarik dan kini menjadi restoran pilihan ramai.
Mengimbas mengenai perjalanan kariernya, Syahiful berkata sebelum pembukaan restoran berkenaan beliau menceburi beberapa bidang lain seperti penjualan baju dan sebagai pensyarah.
"Saya juga pernah bekerja dalam bidang pengiklanan sebelum kembali ke Kuantan sekitar 2014," katanya.
Syahiful berkata, walaupun Atmosphere Industry agak terjejas ketika penularan COVID-19, beliau sedaya upaya mahu mengekalkan pekerjanya.
"Ia sangat sukar, bukan sahaja kepada kami, tetapi perniagaan lain. Tetapi bagi kami, perkara paling penting ialah untuk mengekalkan pekerja yang ada, kerana tanpa mereka sudah tentu Atmosphere Industry hanyalah sebuah nama.
"Ketika itu kami mencuba segala-galanya, pelbagai inisiatif diambil dan syukur kami masih di sini dapat lakukan apa yang kami minati," katanya.
Syahiful berkata, beliau berjaya mempertahankan perniagaannya selama tiga tahun dan kini mahu mengautomasikan perniagaannya, sekali gus memberi kemudahan kepada pelanggannya.
Pelanggan daripada pelbagai peringkat usia menjamu selera di Atmosphere Industry.
"Misi kami untuk tiga tahun akan datang untuk mengautomasikan perniagaan, jadi untuk itu kami memerlukan satu sistem yang bagus bagi menjayakan misi berkenaan.
"Saya mahukan satu sistem yang lengkap dan boleh disesuaikan dengan keadaan restoran ini. Ada pelanggan tidak suka kedai yang hanya menerima wang tunai dan tiada sistem pembayaran secara dalam talian. Jadi kita mahukan satu sistem yang boleh membuat pembayaran tanpa sentuh," katanya.
Seperti pucuk dicita ulam mendatang, Syahiful menyifatkan Maxis Business datang pada masa tepat dengan tawaran yang bersesuaian dalam misinya untuk mengautomasikan perniagaan.
"Ketika memutuskan untuk mengautomasikan perniagaan pada November lalu, saya diperkenalkan dengan Maxis Bussiness. Selepas mendapat maklumat lanjut mengenai hal itu saya mengambil produk Cloud POS, mPOS dan Business 4G WiFi.
Cloud POS adalah sistem yang memberikan pengguna akses maklumat mengenai jualan, inventori dan kakitangan dengan segera untuk memantapkan pengurusan perniagaan.
Manakala mPOS pula memudahkan pengurusan pelanggan membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit dengan pantas dan selamat.
"Saya adalah pelanggan setia Maxis dan sudah menggunakan rangkaian ini sejak sekian lama. Jadi, kepercayaan saya dengan jenama ini sudah ada. Bagaimanapun, ini adalah kali pertama saya diperkenalkan dengan Maxis Business.
"Pasukan Maxis Business memang membantu kami menguruskan operasi harian. Mereka mendengar permasalahan yang dikemukakan sebelum memberi jalan penyelesaian terbaik kepada kami," katanya.
Maxis Business membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau dikenali sebagai UsahaWIRA untuk sentiasa berhubung dan menyelesaikan cabaran perniagaan untuk menjadi lebih baik, mudah serta pantas.
Sehingga kini seramai 21,000 komuniti UsahaWIRA sudah berhubung dengan Maxis Business untuk mendapatkan khidmat nasihat, idea dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Malah, skuad Bantuan Maxis turut membantu UsahaWIRA mencari jalan penyelesaian yang tepat, membiayai bantuan untuk latihan serta membantu setiap proses yang ingin dijalankan oleh pengusaha berkenaan.
Hanya mengambil masa tidak kurang daripada dua minit menerusi laman penyemak kelayakan geran di laman web Maxis, UsahaWIRA juga boleh mendapatkan penyelesaian perniagaan dalam tempoh 24 jam secara dalam talian.
Syahiful menyifatkan, Geran Pendigital PKS menerusi Maxis Business berjumlah RM5,000 itu sebagai tuah kepada dirinya kerana muncul ketika beliau memerlukannya untuk mengurangkan kos penyelesaian digital yang dilangganinya.
"Kadangkala kita memerlukan tuah dalam hidup dan geran ini datang masa yang tepat. Saya anggap ini adalah nasib yang menyebelahi saya, kerana tidak banyak organisasi terkenal di luar sana yang sudi membantu kami.
"Walaupun ketika kami sendiri mengetuk pintu mereka, tiada siapa yang sudi membantu. Tetapi dengan Maxis Business mereka sendiri datang kepada kami dan menghulurkan bantuan untuk mendapatkan geran. Buat kali pertama, kami tidak mengetuk pintu untuk meminta bantuan tetapi rangkaian ini sendiri menawarkan bantuan," katanya.
Beliau berkata, dengan adanya produk berkenaan kini ia dapat meminimumkan beban kerja kakitangannya dan pelanggan juga berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan di restorannya.
Kepada peniaga yang ingin mentransformasi perniagaan dengan penyelesaian digital terbaik, layari laman sesawang Maxis Business.