Isnin, 28 March 2022 | 3:55pm
SkyWorld terus optimis membina kediaman memenuhi kehendak dan keperluan pembeli.
SkyWorld terus optimis membina kediaman memenuhi kehendak dan keperluan pembeli.

Kempen 'You & I' tarik lebih ramai pembeli rumah SkyWorld

Pemaju hartanah bandar, SkyWorld Development Group (SkyWorld) memperkenalkan kempen 'You & I' bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai syarikat yang berpaksikan pelanggan. Menerusi kempen itu, 'You' mewakili pelanggan manakala 'I' mewakili SkyWorld dan secara bersama-sama, 'You & I' melakukan perkara hebat dengan memberikan maksud yang baharu sepenuhnya mengenai 'Kehidupan'. Ikuti temu bual Wartawan BH, Hazwan Faisal Mohamad bersama Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng, yang berkongsikan mengenai kempen terbaharu itu dan juga perkembangan kumpulan.

Soalan (S): Apakah sasaran atau objektif yang ingin dicapai oleh SkyWorld menerusi kempen 'You & I' ini?

Lee Chee Seng (LCS): Menerusi kempen ini, kami mahu meningkatkan lagi komitmen kepada pelanggan, memandangkan kepuasan mereka adalah keutamaan syarikat. Kami amat percaya, apabila pekerja gembira, pelanggan akan menjadi lebih gembira dan kerana itu syarikat sentiasa berusaha untuk menyediakan tempat kerja yang lebih sihat dan seronok untuk pekerja kami.

Di SkyWorld, kami mencipta budaya yang memfokuskan kepada penyampaian pengalaman yang menakjubkan untuk pelanggan, walaupun sebelum mereka membeli produk kami.  Kami hanya 'melakukan perkara yang penting kepada pelanggan'.

Apabila membangunkan hartanah, kami sentiasa membayangkan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada pemiliknya. Kami akan bertanya dulu kepada diri sendiri jika idea inovatif ini meningkatkan kecekapan dan memaksimumkan kesenangan. Oleh itu, adalah amat penting untuk memahami pemikiran pembeli dan permintaan pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng

S: Apakah visi, misi dan janji jenama syarikat untuk pelanggan?

LCS: Kami telah menggariskan 'Visi' syarikat  seringkas yang mungkin iaitu ABCD atau 'Always Best City Developer' (Pemaju Bandar Yang Terbaik). Kami akan terus kekal fokus untuk berada di dalam bandar dan menyediakan pengalaman kehidupan 'sky living' yang terbaik untuk pelanggan. 

Kami juga telah menggantikan 'Misi' dengan 'Tujuan' kerana mahu menetapkan hala tuju yang lebih jelas untuk pekerja. Mengapa kami wujud? Untuk menjadikan kehidupan lebih baik.

Bagi 'Janji Jenama' kami iaitu, 'Anda kini boleh memiliki rumah dan kehidupan yang berkualiti'. Kami percaya produk yang baik boleh menjadi aset yang mampu membina kekayaan untuk bergenerasi lamanya.  

Oleh itu, kami sentiasa bertegas untuk menyampaikan produk berkualiti yang boleh bertahan pada setiap masa.

S: Boleh  jelaskan mengenai aplikasi SkyWorld Connects dan juga Solution+ yang dilancarkan baru-baru ini?

LCS: SkyWorld telah melabur RM1 juta di dalam  SkyWorld Connects, sebuah  aplikasi inovatif dan mesra pengguna yang dicipta khas untuk pemilik rumah SkyWorld yang berfungsi sebagai platform khusus untuk komunikasi yang berkesan dan cekap antara pemilik dan penduduk SkyWorld, pengurusan dan pasukan keselamatannya.

Antara ciri yang ditawarkan termasuk janji temu pengambilan kunci, pemakluman kerosakan pada rumah dan tempahan kemudahan, pendaftaran pelawat lebih awal dan senarai nombor penting untuk dihubungi. 

Kami juga baru-baru ini telah melancarkan  Solution+, ekosistem dan platform e-dagang pertama di Malaysia yang menghubungkan pemilik rumah SkyWorld dan penjual kelengkapan rumah.  Solution+ dihasilkan bagi menangani isu seperti cadangan dan perbandingan harga untuk perkhidmatan reka bentuk dalaman, pengubahsuaian, perabot dan penyelesaian rumah yang lain dengan kemudahan yang ditawarkan hanya di hujung jari.

Pemilik rumah SkyWorld dapat menikmati penjimatan hebat dan pakej istimewa daripada rakan kongsi penyelesaian rumah pilihan kami.  Ini juga akan memendekkan masa penghantaran, sekali gus memudahkan proses membeli-belah pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Kami juga telah menjalinkan kerjasama dengan jenama seperti Samsung, Electrolux, Panasonic, Maju Home Concept, Buenos Kitchen dan banyak lagi khusus untuk pengguna Solution+.

Selain itu, bagi memastikan SkyWorld mampu mereka bentuk kediaman yang sesuai untuk pembeli rumah, kami perlu memahami terlebih dulu apakah keperluan dan kehendak pasaran.  Justeru itu, kami akan melancarkan platform ciptaan bersama yang membolehkan pembabitan orang ramai bagi memahami kehendak dan keperluan pembeli rumah dalam pembangunan kami yang akan datang.

Image

S: Apakah kelebihan yang bakal pembeli nikmati jika memilih projek hartanah SkyWorld?

LCS: Kami membina rumah dengan memikirkan keperluan pembeli rumah. Oleh itu, kami memastikan semua produk kami dibina berdasarkan tiga 'Tonggak Jenama' iaitu pengalaman Sky Living, penciptaan nilai dan inovasi.

Kami juga difahamkan ada sebahagian yang mungkin hanya mampu membeli sebuah rumah sahaja sepanjang hayat, justeru kami sentiasa komited memberikan rumah berkualiti di mana ia boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Dengan itu, SkyWorld berjanji bahawa semua projek kami akan diperakui dengan penarafan QLASSIC, satu sistem dan kaedah yang digunakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mengukur kualiti mutu kerja binaan berdasarkan Piawaian Industri Pembinaan dalam Malaysia.

Sistem ini ditubuhkan sebagai satu cara untuk membandingkan secara objektif kualiti mutu kerja melalui satu siri sistem pemarkahan yang ketat.

Kami percaya satu-satunya cara untuk membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan adalah dengan mendengar dan memahami.

Kami mengambil semua komen secara positif memandangkan maklum balas pelanggan adalah tidak ternilai kerana ia membantu untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami, yang seterusnya meningkatkan prestasi syarikat.

Berita Harian X