PERALIHAN teknologi menyaksikan kemudahan digital seperti aplikasi perbankan dalam talian terus mendapat tempat di hati pengguna.
Paling popular adalah MAE daripada Maybank yang menawarkan pelbagai fungsi menarik dalam satu aplikasi termasuk kemudahan menabung, e-dompet, perbankan dan banyak lagi.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, Maybank turut mengumumkan bahawa pengguna MAE boleh membuat pesanan makanan menggunakan aplikasi sama menerusi Sama-Sama Lokal.
Sama-Sama Lokal adalah platform e-dagang yang diperkenalkan Maybank untuk membantu peniaga tempatan mengembangkan perniagaan secara digital sekali gus kekal berdaya saing.
Selain berpeluang menyokong peniaga tempatan, pengguna juga dapat menikmati pelbagai manfaat lain seperti di bawah:
Banyak pilihan
Setakat ini, Sama-Sama Lokal berjaya mengumpul lebih 13,000 peniaga tempatan di seluruh negara, menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman atau barang keperluan.
Peniaga di Sama-Sama Lokal juga terdiri daripada pemilik restoran, peniaga gerai kecil di tepi jalan, peniaga dari rumah, dan banyak lagi.
Pendek kata, hampir semua makanan kegemaran yang anda cari, ada di Sama-Sama Lokal.
Tiada komisen, harga berpatutan
Selain itu, semua peniaga di Sama-Sama Lokal dapat menikmati keuntungan hasil jualan mereka sepenuhnya.
Dalam erti kata lain, Maybank tidak mengenakan sebarang komisen atau caj kepada setiap peniaga yang berurus niaga di platform terbabit.
Tawaran ini juga membolehkan peniaga di Sama-Sama Lokal mengekalkan harga produk jualan mereka sama seperti harga di kedai fizikal.
Ini secara tidak langsung membolehkan pelanggan menikmati tawaran harga lebih rendah dan berpatutan berbanding platform atau aplikasi lain.
Promosi hebat
Dengan adanya Sama-Sama Lokal di MAE, kini pengguna boleh membeli makanan, minuman atau barangan keperluan dengan lebih mudah menggunakan satu aplikasi perbankan sahaja.
Sempena pelancaran Sama-Sama Lokal di MAE, Maybank menawarkan 40 peratus diskaun dengan menggunakan kod promosi FOODONMAE untuk semua pelanggan bermula sekarang sehingga 31 Disember 2022.
Tidak cukup dengan itu, anda juga berpeluang menikmati potongan caj penghantaran sebanyak RM10.
Justeru, jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi MAE menerusi App Store atau Google Play Store dan pesan makanan di Sama-Sama Lokal sekarang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sama-Sama Lokal, layari pautan ini.