Selasa, 24 November 2020 | 10:30am
Gary Huang, Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Naib Presiden Kanan H3C. - FOTO H3C
Gary Huang, Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Naib Presiden Kanan H3C. - FOTO H3C

Pendigitalan keperluan perusahaan masa hadapan

Kuala Lumpur: Dunia masa kini berdepan cabaran hebat akibat krisis global dan pandemik COVID-19 yang mempengaruhi serta menjejaskan pelbagai aspek sejagat.

Bagaimanapun, ada beberapa impak positif dan peluang baharu tercipta bagi perniagaan untuk kekal hidup. Dunia perlu saling berhubungan dan bergantung, terutama membabitkan tenaga kerja.

Apa yang berlaku ketika ini juga secara tidak langsung, memacu pelbagai inisiatif seperti bidang ekonomi digital yang menjadi peluang inovatif untuk syarikat H3C.

Pendigitalan merujuk kepada memudah dan membolehkan proses dengan memanfaatkan teknologi digital dan data digital. Antaranya adalah menggunakan kecerdasan buatan, internet dan perkomputeran awam bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan di samping mengurangkan kos.

Pendigitalan mampu meningkatkan proses perniagaan sedia ada tanpa perlu mengubahnya iaitu mengambil alih proses dilaksanakan oleh tenaga manusia kepada proses yang dilaksanakan melalui kecekapan perisian.

Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Naib Presiden Kanan H3C, Gary Huang, berkata permintaan terhadap transformasi digital dan pintar sentiasa berkembang dalam semua industri di seluruh dunia.

"H3C adalah sebuah syarikat yang menyediakan platform digital setempat, termasuk teknologi penting seperti kecerdasan buatan, data besar, awan, 5G dan IoT (Internet of Things) yang amat relevan ketika penularan pandemik ini.

"Kami sedar COVID-19 adalah pencetus kepada pentingnya transformasi digital secara segera bagi semua industri. Ia membolehkan perniagaan meningkatkan kecekapan dagangan melalui analisis data besar dan juga mengubah cara kita bekerja. Sebagai contoh, mesyuarat secara maya dengan bekerja dari rumah.

"Selain itu, pendigitalan memberi impak kepada semua industri ketika berhadapan cabaran teknologi yang melebihi kemajuan industri.

"Pada era ini penyelesaian digital yang menyepadukan inovasi teknologi, aplikasi adegan dan kerjasama ekologi boleh memperhebat ekonomi digital dan mencipta masa hadapan digital yang lebih baik dan cerah," katanya.

Daripada penyelesaian perkomputeran awan, trak pandu sendiri, mesin automatik untuk kilang, analisis data besar untuk menjangka kecenderungan ke kecerdasan buatan, tiada satu industri pun yang selamat daripada gangguan pendigitalan.

Untuk kekal relevan, ini peluang yang mesti diambil. Pendigitalan tidak boleh hanya dilakukan secara berseorangan, ia usaha jangka panjang yang membabitkan budaya syarikat, proses organisasi, model perniagaan dan keupayaan kakitangan.

Sebelum pandemik ini, H3C sudah pun menggariskan pelan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman dalam industri.

H3C memiliki kelebihan dalam memahami keperluan industri dan pelanggan secara mendalam, penyelidikan dan pembangunan berinovatif bagi rakan kongsi mereka di seluruh dunia untuk kerjasama lebih erat.

Gary berkata, H3C amat komited untuk mewujudkan penyelesaian digital secara lengkap kepada pelanggan dan membantu mereka yang berada di luar industri agar mereka sedar pentingnya transformasi digital.

"Di samping itu, H3C juga sudah melancarkan beberapa produk dan teknologi inovatif yang berkaitan dengan platform digital pintar.

"Sehingga kini, H3C memiliki tujuh subsidiari di Jepun, Indonesia, Malaysia, Thailand, Rusia, Pakistan dan Kazakhstan serta merancang untuk membuka lima lagi pejabat di benua Asia dan Eropah pada masa akan datang," katanya.

Bukan sekadar menjual produk dan perkhidmatan kepada pelanggan antarabangsa, H3C juga membantu pelanggan dengan transformasi digital serta menyediakan sokongan teknikal termasuk teknologi komunikasi maklumat, kejuruteraan dan pengurusan perindustrian kepada lebih 1,000 pelatih dalam negara, selain berkongsi pengalaman dalam bidang ini kepada pasaran tempatan.

H3C berhasrat untuk meluaskan pendigitalan ke seluruh dunia dan membantu dunia dalam pemindahan dan revolusi global ke arah masa depan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, layari www.h3c.com/en/.

Berita Harian X