Isnin, 10 Julai 2017 | 10:00pm

Malaysia raih lebih AS$1b pada Ekspo Astana 2017

KUALA LUMPUR 15 NOVEMBER 2016. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K. Devamany bercakap kepada wartawan selepas Persidangan Perangkaan Malaysia Kali Keempat di Sasana Kijang. NSTP/ASYRAF HAMZAHASYRAF HAMZAH
KUALA LUMPUR 15 NOVEMBER 2016. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K. Devamany bercakap kepada wartawan selepas Persidangan Perangkaan Malaysia Kali Keempat di Sasana Kijang. NSTP/ASYRAF HAMZAHASYRAF HAMZAH

ASTANA (Kazakhstan): Malaysia meraih peluang pelaburan dan perdagangan bernilai AS$1.84 bilion pada Ekspo Astana 2017 yang diadakan sejak 10 Jun lalu hingga hari ini.

Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri S.K Devamany, berkata potensi pelaburan dan perniagaan itu diperoleh melalui penganjuran acara tersebut selama empat minggu dengan tema tertentu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata minggu itu adalah Minggu Tenaga Boleh Baharu yang membawa potensi pelaburan bernilai AS$1.2 bilion, Minggu Kecekapan Tenaga (AS$358 juta), Minggu Inovasi Hijau (AS$283 juta) dan Minggu Perubahan Iklim dan Kemampanan (AS$0.465 juta).

"Jumlah itu sebenarnya jauh mengatasi sasaran asal kita di ekspo ini iaitu sebanyak RM1 bilion, dan semua kementerian yang terbabit perlu bekerja keras untuk menterjemahkan peluang ini kepada projek sebenar," katanya kepada media mengenai Minggu Pelancongan dan Perniagaan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Minggu Pelancongan dan Perniagaan adalah tema minggu kelima Ekspo Astana 2017 yang dijangka pada 10 Oktober depan bersama baki lima lagi minggu dengan tema tertentu.

Mengenai Pavilion Malaysia yang bertemakan Memperkasakan Pertumbuhan Hijau, Devamany berkata, seramai 152,322 orang telah mengunjunginya dan menjadikannya antara 10 pavilion yang menerima kunjungan teramai pada ekspo terbabit.

"Tarikan utamanya adalah pameran mengenai kehijauan hutan yang kita miliki selain diletakkan gambar besar seekor rama-rama hijau di luar pavilion ini ," katanya. - Bernama

Berita Harian X