Rabu, 5 Julai 2017 | 1:23pm

Samsung dijangka rekod untung terbesar

LAS VEGAS - JANUARY 07: A general view of the Samsung booth at the 2010 International Consumer Electronics Show at the Las Vegas Convention Center January 7, 2010 in Las Vegas, Nevada. CES, the world's largest annual consumer technology tradeshow, runs through January 10 and is expected to feature 2,500 exhibitors showing off their latest products and services to about 110,000 attendees. (Photo by Ethan Miller/Getty Images)Ethan Miller
LAS VEGAS - JANUARY 07: A general view of the Samsung booth at the 2010 International Consumer Electronics Show at the Las Vegas Convention Center January 7, 2010 in Las Vegas, Nevada. CES, the world's largest annual consumer technology tradeshow, runs through January 10 and is expected to feature 2,500 exhibitors showing off their latest products and services to about 110,000 attendees. (Photo by Ethan Miller/Getty Images)Ethan Miller

SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd dijangka melaporkan keuntungan suku tahunan yang terbaiknya pada suku kedua ini, didorong peningkatan jualan cip memorinya yang mengatasi Intel Corp sebagai pembuat semikonduktor terbesar untuk pertama kalinya.

Pembuat cip memori utama di dunia adalah antara penerima manfaat terbesar disebabkan permintaan yang melambung tinggi untuk telefon pintar dan pelayan di tengah pertumbuhan bekalan yang terhad.

Mengulas kedudukannya yang dominan kini, Samsung berkata pihaknya bercadang melabur AS$18.6 bilion di Korea Selatan bagi memajukan cip memori dan paparan generasi akan datang untuk telefon pintar.

Gergasi teknologi Korea Selatan yang juga syarikat ketiga terbesar di Asia dengan permodalan pasaran, kini bersedia untuk mengatasi kedudukan Intel dalam penguasaan pasaran semikonduktor global buat kali pertama sejak tahun 1991.

"Dari suku kedua, Samsung akan menjadi nombor satu dalam penguasaan pasaran disebabkan peningkatan pusat data dan permintaan tinggi," kata penganalisis NH Investment & Securities, Peter Lee.

Keuntungan operasi Samsung pada April hingga Jun dijangka melonjak 67 peratus dari tahun sebelumnya kepada 13.1 trilion won (AS$11.4 bilion), angka tertinggi baharu berdasarkan kaji selidik Thomson Reuters daripada 18 penganalisis.

Tinjauan yang sama menjangkakan keuntungan Julai hingga September syarikat itu juga menjadi lebih tinggi pada 13.8 trilion won.

Jualan kukuh telefon pintar Galaxy S8 yang dilancarkan pada April lalu juga memberi rangsangan tambahan, mengekalkan firma itu di hadapan pesaingnya, Apple Inc sebagai pembuat telefon pintar terkemuka dunia.

Prestasi S8 meyakinkan kembali pelabur yang sebelum ini sedikit goyah berikutan prestasi Samsung Galaxy Note 7 yang mudah terbakar.

Saham Samsung didagangkan pada paras tertinggi hampir 2.35 juta won pada Selasa dan memperoleh 30 peratus di atas peningkatan 43 peratus pada 2016.

"Galaxy S8 sudah berada di pasaran selama lebih daripada dua bulan dan kami melihat daya tarikan yang sama seperti siri Galaxy S7," kata penganalisis Counterpoint, Tom Kang.

Katanya, Samsung dijangka bakal menjual 49 juta unit S8s menjelang akhir tahun penuh pertamanya, selaras dengan jualan tahun pertama Galaxy S7.

Samsung juga sedang mempersiapkan untuk memperkenalkan Galaxy Note 8 pada bulan Ogos, memulihkan jadual pergerakan syarikat di pasaran.

Syarikat itu juga akan mengeluarkan panduan pendapatan awalnya pada Jumaat tetapi tidak akan mendedahkan butir mengenai penampilannya sehingga akhir Julai.

Nomura meramalkan harga cip DRAM akan terus meningkat pada separuh kedua 2017 disebabkan bekalan terhad dan permintaan kukuh yang dipacu oleh pelayan.

Permintaan untuk pemacu pepejal (SSD) dan telefon pintar akan mengekalkan keuntungan bagi pengeluar semikonduktor NAND, walaupun terdapat kemerosotan pengeluaran. Reuters

Berita Harian X