Selasa, 4 Julai 2017 | 11:25am

Brent susut AS$49.43 setong

SINGAPURA: Harga minyak susut pada sesi dagangan awal Asia hari ini, menamatkan kenaikan lapan hari berturut-turut susulan petunjuk peningkatan tidak menentu dalam pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$49.43 setong pada 0147 GMT, susut 25 cent atau 0.5 peratus daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) juga jatuh 22 cent atau 0.5 peratus kepada AS$46.85 setong.

Kejatuhan harga minyak mentah itu hadir selepas kedua-dua penanda aras pulih sekitar 12 peratus daripada paras rendahnya pada 21 Jun.

Kebanyakan peniaga tidak memasuki pasaran menjelang cuti umum Hari Kemerdekaan AS hari ini, sementara Brent juga berdepan rintangan teknikal selepas mencecah paras AS$50 setong, kata peniaga. - Reuters

Berita Harian X