Isnin, 3 Julai 2017 | 4:24pm

OCBC jangka KDNK naik 4.8 peratus

KUALA LUMPUR: OCBC Bank menambah baik pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 4.8 peratus bagi 2017, berbanding 4.2 peratus yang dibuat sebelum ini, susulan perdagangan global yang semakin meningkat pada separuh kedua.

Dalam satu kenyataan, OCBC berkata walaupun 2017 bermula dengan kebimbangan terhadap peningkatan dasar perlindungan di dunia maju untuk menghalang perdagangan global, ia sebaliknya menjadi tidak wajar.

"Walaupun dipengaruhi oleh kelembapan perdagangan global yang ketara, ekonomi Malaysia dilonjakkan oleh aliran perdagangan rancak, dengan eksport semakin kukuh pada suku pertama tahun ini, pada purata 21.4 peratus tahun ke tahun setiap bulan.

"Selain itu, ekonomi itu juga mendapat dorongan daripada penggunaan domestik. Sebagai contoh, pelaburan swasta meningkat 12.9 peratus tahun ke tahun pada suku pertama berbanding 4.9 peratus tahun ke tahun pada suku sebelum itu," katanya.

Mengenai dasar monetari pula, OCBC berkata, Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar tidak berubah pada 3.0 peratus bagi tempoh baki tahun ini.

"Peningkatan unjuran pertumbuhan mengenepikan keperluan untuk menyuntik rangsangan seterusnya, manakala penstabilan trajektori inflasi, mengatasi cakap-cakap pasaran mengenai peningkatan kadar faedah untuk menangani tekanan harga," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X