NEW YORK: S&P 500 dan Nasdaq Composite dibuka mencatat perubahan kecil hari ini di tengah-tengah kebimbangan berhubung harga minyak.
Sementara itu, Dow Jones Industrial Average dibuka lebih rendah sedikit, ditarik turun saham Caterpillar.
Dow Jones Industrial Average susut 26.17 mata, atau 0.12 peratus, kepada 21,371.12.
S&P 500 menokok 0.37 mata, atau 0.01 peratus, kepada 2,434.87.
Nasdaq Composite menambah 0.33 mata, atau 0.01 peratus, kepada 6,237.01. - Reuters