Jumaat, 23 Jun 2017 | 11:41am

DRB-Hicom, Geely jalin 7 bidang kerjasama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar dengan Presiden Geely Holding Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, dokumen menandatangani Conghui semasa majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM Berhad Dan Zhejiang Geely Holding Group di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Pakatan strategik antara Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zheijiang Geely Holding Group (Geely Holding) akan merangkumi tujuh bidang kerjasama.

Ia susulan pemeteraian Perjanjian Definitif di antara DRB-HICOM dan Geely Holding yang memuktamadkan persetujuan kedua-dua pihak sebagai rakan strategik bagi menjual 49.9 peratus saham PROTON Holdings Bhd (PROTON), pagi ini.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar, berkata tujuh bidang kerjasama yang dipersetujui adalah seperti berikut;

* PROTON boleh memiliki akses kepada model, platform dan teknologi Geely.

* PROTON berpeluang menembusi pasaran luar terutama ASEAN dan China.

* Pusat penyelidikan dan pembangunan R&D PROTON diiktiraf salah satu pusat global R&D Geely.

* PROTON akan menjadi hub pembuatan bagi kenderaan panduan kanan bagi Geely.

* Vendor tempatan berpeluang mengembangkan sayap ke peringkat dunia dengan dimasukkan sebagai pembekal komponen global bagi Geely.

* Kilang PROTON di Tanjung Malim akan memasang model Volvo jika ada lebihan kapasiti.

* Tenaga kerja PROTON berpeluang menimba pengetahuan di pusat penyelidikan dan pembuatan Geely di Shanghai, California, Gothenburg dan Barcelona.

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Syed Faisal Albar yang mewakili DRB-HICOM dan Pengerusi Geely Holding, Liu Shufu, dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berita Harian X