Jumaat, 2 Jun 2017 | 10:10pm

Dow, S&P dibuka mendatar

NEW YORK: Dow Jones Industrial Average dan S&P 500 mencatat perubahan kecil pada pembukaan hari ini, selepas data menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang perlahan pada Mei.

Ini mencadangkan lantunan dalam pasaran buruh kehilangan momentum.

Dow Jones menokok 7.1 mata, atau 0.03 peratus, kepada 21,151.28.

S&P 500 naik 1.67 mata, atau 0.06 peratus, kepada 2,431.73.

Nasdaq Composite menambah 14.99 mata, atau 0.24 peratus, kepada 6,261.82. - REUTERS

Berita Harian X