Rabu, 31 Mei 2017 | 6:20pm

Untung Q1 Mah Sing susut, RM120.57j

KUALA LUMPUR: Untung sebelum cukai Mah Sing Group Bhd pada suku kewangan pertama (Q1) berakhir 31 Mac 2017 susut kepada RM120.57 juta berbanding RM126.38 juta suku sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, pendapatan pada suku dikaji meningkat 20 peratus kepada RM723.54 juta daripada RM709.17 juta sebelumnya, kata syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

Peningkatan pendapatan itu disumbang projek pembangunan kumpulan itu seperti Southville City di Kuala Lumpur South; Lakeville Residence di Taman Wahyu; D'sara Sentral di Sungai Buloh; M Residence dan M Residence 2 di Rawang; dan Icon City, di Petaling Jaya.

"Kumpulan meraih jualan hartanah kira-kira RM410.3 juta pada suku pertama," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X