Rabu, 24 Mei 2017 | 2:32pm

Geely rakan strategik asing PROTON

GURU Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin Koperal Mohd Hafhizuddin Mohd Halim mengucup mayat isterinya, Zubaidah Mahmood yang terbunuh dalam nahas membabitkan MPV dan van pekerja di Jalan Air Kuning-Batang Melaka, Gemencheh, semalam. Turut terbunuh anak pasangan itu Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan dan pemandu van.
GURU Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin Koperal Mohd Hafhizuddin Mohd Halim mengucup mayat isterinya, Zubaidah Mahmood yang terbunuh dalam nahas membabitkan MPV dan van pekerja di Jalan Air Kuning-Batang Melaka, Gemencheh, semalam. Turut terbunuh anak pasangan itu Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan dan pemandu van.

PUTRAJAYA: DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding) bagi menjual 49.9 peratus saham PROTON Holdings Bhd (PROTON).

Kedua-dua syarikat menandatangani perjanjian itu di sini, hari ini dengan disaksikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Perjanjian itu akan membolehkan PROTON mendapat akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah Geely Holding, di samping menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk pasaran kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.

DRB-HICOM kekal menjadi pemegang saham majoriti dalam PROTON dengan 50.1 peratus.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar, berkata jenama PROTON kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.

"Sememangnya hasrat kami adalah untuk menghidupkan semula jenama PROTON di mata dunia. Ia kereta nasional pertama dan mempunyai sejarah 30 tahun.

"Perjanjian ini akan menjadi pemangkin yang menjulang semula satu jenama yang dapat dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

PROTON juga akan menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta dari Britain, Lotus, kepada Geely Holding, sekali gus menamatkan pembabitannya dalam segmen kereta sukan.

Geely Holding, pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company, adalah antara pengeluar utama kenderaan penumpang China.

Syarikat itu mempunyai operasi di seluruh dunia merangkumi 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Usaha sama dengan PROTON akan membolehkan Geely bertapak di pasaran ASEAN dan meningkatkan pembabitannya dalam industri pembuatan serta R&D serantau.

Kedua-dua pihak bakal menandatangani Perjanjian Muktamad pada Julai 2017.

Berita Harian X