Jumaat, 21 April 2017 | 2:49pm

Saham tempatan akhiri sesi pagi tinggi

KUALA LUMPUR: Pasaran saham tempatan mengakhiri sesi pagi tinggi hari ini.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.25 mata atau 0.59 peratus kepada 1,751.86 berbanding penutup semalam, 1,741.61.

Indeks penanda aras bergerak antara 1,742.23 dan 1,752.77 sepanjang sesi pagi.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 491 berbanding 267, sementara 1,002 kaunter tidak berubah.

Sejumlah 1.58 bilion saham bernilai RM1.08 bilion didagangkan.

Berita Harian X