Khamis, 20 April 2017 | 11:06pm

Wall Street dibuka tinggi

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

NEW YORK: Wall Street dibuka lebih tinggi hari ini.

Pada 9.34 pagi waktu New York (1334 GMT) Dow Jones menokok 48.9 mata, atau 0.24 peratus, pada 20,453.39.

S&P 500 naik 6.86 mata, atau 0.29 peratus, pada 2,345.03.

Nasdaq Composite menokok 29.20 mata, atau 0.5 peratus, pada 5,892.23.

Peningkatan di Wall Street dibantu keyakinan bahawa banyak syarikat akan melaporkan prestasi kewangan suku pertama yang memberangsangkan.

Dengan kebimbangan berhubung keupayaan Presiden Donald Trump menepati janji pro pertumbuhan, pelabur berharap pendapatan suku pertama akan cukup kukuh bagi mewajarkan penilaian pasaran.

Dalam pada itu, harga minyak mentah Brent susut enam cent pada AS$52.87 satu tong. - Reuters

Berita Harian X