X
Isnin, 10 April 2017 | 11:25pm

Wall Street dibuka lebih tinggi

NEW YORK: Pasaran saham Amerika Syarikat dibuka tinggi sedikit hari ini apabila harga minyak melonjak dan pelabur bersedia dengan musim laporan kewangan suku pertama akhir minggu ini.

JPMorgan, Citigroup dan Wells Fargo dijadual melaporkan pendapatan suku tahunan pada Khamis dan akan memberi petunjuk mengenai prestasi perbankan AS di tengah-tengah rali saham kewangan sejak kemenangan Donald Trump pada pilihan raya tahun lalu.

Pelabur memerhati dengan penuh minat laporan suku tahunan untuk memberikan justifikasi penilaian tinggi pasaran susulan rali pasca pilihan raya, dicetuskan oleh pertaruhan bahawa Trump akan memperkenalkan dasar pro pertumbuhan.  

Perolehan syarikat S&P 500 meningkat 10.1 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini, tertinggi sejak suku keempat 2014.

"Kelihatan minggu cuti lengang bermula selepas penutup Jumaat kurang memberangsangkan, di mana banyak perkara boleh berlaku tetapi tidak terjadi," kata Pengarah Urusan  Janlyn Capital di Bernardsville, Andre Bakhos.

Khamis adalah hari dagangan terakhir minggu ini menjelang cuti Good Friday.

Pada 1336 GMT, Dow Jones Industrial Average meningkat 32.18 mata, atau 0.16 peratus, pada 20,688.28, S&P 500 menokok 4.49 mata, atau 0.19 peratus, pada 2,360.03 dan Nasdaq Composite menambah 13.32 mata, atau 0.23 peratus, pada 5,891.13. - REUTERS

Berita Harian X