Jumaat, 7 April 2017 | 11:15am

Serangan AS ke atas Syria lonjak harga minyak dunia

SINGAPURA: Harga minyak meningkat pagi ini selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan peluru berpandu ke sebuah pangkalan udara di Syria.

Seorang pegawai AS berkata, lebih 50 peluru berpandu Tomahawk dibedil dari kapal pemusnah U S Navy di timur Mediterranean ke atas beberapa sasaran di Homs.

Operasi itu dilihat sudah selesai, kata seorang lagi pegawai.

Selepas dagangan lemah sebelum berita itu, niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak kepada AS$55.60 setong menjelang 0146 GMT, meningkat 72 cents, atau 1.3 peratus daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) meningkat 70 cents, atau 1.4 peratus kepada AS$52.40 setong.

Reuters

Berita Harian X