Jumaat, 7 April 2017 | 8:13am

Samsung kembali catat laba besar

SEOUL: Gergasi teknologi, Samsung Electronics Co Ltd hari ini menganggarkan keuntungan operasi suku pertamanya melonjak 48 peratus daripada setahun lalu, sekali gus mengatasi jangkaan apabila harga cip memori yang mahal membantu marginnya. 

Samsung, dalam satu kenyataan kawal selia berkata keuntungannya dalam tempoh Januari-Mac adalah 9.9 trillion won (RM38.54 bilion), berbanding dengan unjuran purata 9.4 trilion yang dibuat oleh 18 penganalisis dalam kaji selidik Thomson Reuters.

Pendapatan mungkin meningkat 0.4 peratus daripada setahun sebelumnya kepada 50 trilion won, kata Samsung.

Syarikat itu tidak memperincikan prestasinya dan akan mendedahkan butiran pendapatannya akhir bulan ini. - Reuters

Berita Harian X