Rabu, 5 April 2017 | 7:58pm

Saham KL susut 2.52 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks komposit berakhir dalam lingkungan negatif, dipengaruhi oleh penjualan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh Hong Leong Bank dan Genting.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.52 mata kepada 1,744.67 berbanding pada 1,747.19 semasa ditutup pada Selasa, selepas turun naik antara 1,741.51 dan 1,747.01 sepanjang hari.

Indeks utama dibuka 1.56 mata lebih rendah pada 1,745.63.

Hong Leong Bank turun 26 sen kepada RM13.74 manakala Genting berkurangan 14 sen kepada RM9.46.

Di pasaran, sebanyak 612 saham untung berbanding 353 saham rugi manakala 350 kaunter tidak berubah, 394 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.44 bilion unit bernilai RM3.49 bilion daripada 3.97 bilion unit bernilai RM2.87 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB dan Petronas Chemicals menokok dua sen, masing-masing pada RM13.76 dan RM7.77, Maxis kekal pada RM6.40, Maybank susut lima sen kepada RM8.95 dan Public Bank berkurangan dua sen kepada RM19.94.

Antara saham aktif, Dagang Nexchange naik 6.5 sen kepada 46.5 sen, Sumatec Resources menambah setengah sen kepada 7.5 sen, Bumi Armada menokok enam sen kepada 81.5 sen dan GHL Systems melonjak 12 sen kepada RM1.60.

Indeks FBM Emas menambah 8.71 mata kepada 12,446.97, Indeks FBMT100 menyusut 1.33 mata kepada 12,074.18 dan FBM 70 meningkat 58.83 mata kepada 14,767.32.

Indeks FBM Emas Syariah naik 36.14 mata kepada 12,922.21 dan FBM Ace menambah 38.11 mata kepada 6,000.82.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 56.24 mata kepada 15,734.24 dan Indeks Perladangan merosot 20.71 mata kepada 8,196.33.

Indeks Perusahaan naik 2.42 mata kepada 3,264.85.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.27 bilion unit bernilai RM3.28 bilion 2.76 bilion unit bernilai RM2.67 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Di Pasaran ACE pula, jumlah dagangan menyusut kepada 911.62 juta saham bernilai RM168.74 juta daripada 1.01 bilion saham bernilai RM180.26 juta semalam.

Waran menambah kepada 245.19 juta unit bernilai RM33.36 juta daripada 191.66 juta unit bernilai RM23.18 juta.

Barangan pengguna menguasai 164.92 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (772.75 juta), pembinaan (257.31 juta), dagangan dan perkhidmatan (1.37 bilion), teknologi (307.95 juta), infrastruktur (14.80 juta), SPAC (3.23 juta), kewangan (102.54 juta), hotel (1.93 juta), hartanah (252.10 juta), perladangan (24.43 juta), perlombongan (11,400), REIT (4.27 juta) dan tertutup/dana (368,900). - BERNAMA

Berita Harian X