Khamis, 30 March 2017 | 9:36am

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit

BURSA Malaysia ditutup pada paras terendah harian berikutan kelemahan sentimen belian disebabkan ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS).
BURSA Malaysia ditutup pada paras terendah harian berikutan kelemahan sentimen belian disebabkan ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS).

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit sebelum berubah menjadi bercampur-campur, berikutan aktiviti pengambilan untung diterajui saham berwajaran tinggi seperti Public Bank, Sime Darby dan Petronas Chemicals.

Pada jam 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada paras 1,750.16, jatuh 0.25 mata berbanding 1,750.41 yang dicatatkan pada penutup semalam.

Indeks dibuka 0.28 mata lebih tinggi kepada 1,750.69.

Kaunter untung mengatasi rugi 180 berbanding 62 dengan 205 kaunter tidak berubah, 1,285 tidak didagangkan dan 54 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 175.46 juta saham bernilai RM48.68 juta. - BERNAMA

Berita Harian X