Rabu, 29 March 2017 | 11:18pm

Bintai Kinden dapat kerja subkontrak RM45 bilion di Singapura

KUALA LUMPUR: Bintai Kinden Corporation Bhd menerusi anak syarikat, Bintai Kindenko Pte Ltd, hari ini menerima surat lantikan daripada Sunray Woodcraft Construction Pte Ltd bagi menjalankan kerja-kerja subkontrak bernilai kira-kira RM45 juta.

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia, Bintai Kinden berkata kerja subkontrak itu termasuk penyelenggaraan bagi kerja mekanikal dan elektrik di Raffles Hotel dan ruang beli-belahnya di Singapura.

Kerja itu dijangka siap pada Jun 2018 dan diunjur menyumbang secara positif kepada perolehan masa depan Bintai Group. - BERNAMA

Berita Harian X