Rabu, 29 March 2017 | 10:38am

Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan terhadap mata wang tempatan.

Pada jam 9.28 pagi, ringgit berada pada paras 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada penutup semalam 4.4120/4150.

Peniaga berkata, sesetengah peniaga mengambil untung berikutan secara teknikalnya, ringgit meningkat mendadak baru-baru ini.

"Pengukuhan harga minyak mentah dunia kerana gangguan bekalan minyak Libya akan mengurangkan kelemahan ringgit minggu ini dalam berdepan dolar AS yang mungkin mengukuh dalam jangka pendek berikutan Rizab Persekutuan AS mengukuhkan jangkaan lebih banyak kenaikan kadar AS," katanya.

Ringgit, bagaimanapun, mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1606/1665 berbanding 3.1632/1660 semalam dan mengukuh berbanding yen kepada 3.9743/9806 daripada 3.9845/9886 semalam.

Mata wang tempatan juga mengukuh berbanding pound kepada 5.4811/4895 daripada 5.5428/5474 semalam dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.7783/7846 daripada 4.7897/7947 semalam. - BERNAMA

Berita Harian X