Isnin, 27 March 2017 | 11:17pm
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Wall Street cecah paras terendah enam minggu

NEW YORK: Indeks utama Wall Street mencecah paras terendah enam minggu susulan tindakan Republikan menolak rang undang-undang penjagaan kesihatan.

Ini menimbulkan persoalan berhubung keupayaan Presiden Donald Trump dalam menjayakan agenda ekonominya.

Rang undang-undang itu, yang bertujuan menambah baik Akta Penjagaan Berpatutan atau 'Affordable Care Act' yang lebih dikenali sebagai Obamacare, adalah langkah perundangan pertama Trump.

Saham berkaitan bank, yang mencatat prestasi begitu memberangsangkan pasca pilihan raya lalu, terkesan.

Bank of America turun 3.6 peratus manakala JPMorgan susut dua peratus, dengan mana kedua-dua kaunter itu penyumbang terbesar kepada kejatuhan S&P 500.

Goldman Sachs susut tiga peratus, kehilangan 45 mata pada indeks Dow Jones.

Pada jam 9.40 pagi waktu New York, (1340 GMT), Dow Jones Industrial Average susut 169.57 mata, atau 0.82 peratus, pada 20,427.15, S&P 500 turun 20.16 mata, atau 0.86 peratus, pada 2,323.82 dan Nasdaq Composite pula turun 54.35 mata, atau 0.93 peratus, pada 5,774.39. - Reuters

Berita Harian X