Isnin, 27 March 2017 | 1:07pm

Saham tempatan akhiri sesi pagi tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dalam nada positif, disokong peningkatan dalam Genting, CIMB, Petronas Chemicals dan Axiata, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 3.49 mata lebih tinggi kepada 1,749.24 berbanding penutup Jumaat lalu, 1,745.75.

Indeks penanda aras itu bergerak antara 1,744.33 dan 1,750.35 sepanjang sesi pagi ini, selepas dibuka 0.67 lebih rendah kepada 1,745.08.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 404 berbanding 403, dengan 377 kaunter tidak berubah, 545 tidak didagangkan dan 23 digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 1.98 bilion saham bernilai RM920.26 juta. - BERNAMA

Berita Harian X