Khamis, 23 March 2017 | 1:21pm

7-Eleven lancar peraduan 'Get Aktif with Smurfs!'

KUALA LUMPUR: 7-Eleven Malaysia menawarkan inisiatif terbaharu kepada pelanggan menerusi peraduan foto dalam talian "Aktif bersama Smurfs", yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000.

Peraduan itu terbuka kepada semua pelanggan 7-Eleven, bermula sekarang sehingga 1 Mei 2017, demikian menurut kenyataan daripada RedHot Media Sdn Bhd.

Pelanggan dikehendaki membeli produk air berlabel jenama Aktif 7-Eleven, sama ada air mineral atau air minuman, dengan pembelian minimum RM5 dalam satu resit.

Peserta boleh meningkatkan peluang mereka untuk memenangi peraduan itu dengan menghantar lebih banyak penyertaan, tambah kenyataan itu.

Pemenang dengan penyertaan paling kreatif bakal memenangi hadiah pelancongan tujuh hari enam malam ke Belgium dan Amsterdam termasuk lawatan ke Smurfs Museum of Brussels bernilai sehingga RM20,000.

Penyertaan 100 yang terbaik seterusnya setiap satu akan menerima Limited Edition Scooter daripada Smurfs: The Lost Village bernilai RM300 setiap satu. - BERNAMA

Berita Harian X