Selasa, 21 March 2017 | 12:59pm

Bursa Malaysia lesu pada sesi pagi

BURSA Malaysia ditutup pada paras terendah harian berikutan kelemahan sentimen belian disebabkan ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS).
BURSA Malaysia ditutup pada paras terendah harian berikutan kelemahan sentimen belian disebabkan ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS).

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia yang dibuka di atas paras 1,750 menutup sesi pagi dengan prestasi bercampur-campur susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter saham modal kecil.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.36 mata kepada 1,752.77, daripada paras penutup Isnin kepada 1,749.41.

Indeks penanda aras bergerak antara 1,749.32 hingga 1,757.99 sepanjang sesi pagi selepas dibuka 0.01 mata lebih tinggi kepada 1,749.42 hari ini.

Sentimen negatif menyelubungi pasaran dengan kaunter rugi mengatasi untung kepada 431 berbanding 407, 391 kaunter tidak berubah, 493 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Pulangan mencecah 2.78 bilion saham bernilai RM1.4 bilion. - BERNAMA

Berita Harian X