Khamis, 9 March 2017 | 8:15am

Indeks Dow Jones susut 69.17 mata

Peniaga saham bekerja di tingkat satu pasaran tertutup Dow Jones di Bursa Saham New York, 6 Mac, 2017 di New York. - Foto AFP
Peniaga saham bekerja di tingkat satu pasaran tertutup Dow Jones di Bursa Saham New York, 6 Mac, 2017 di New York. - Foto AFP

NEW YORK: Indeks S&P 500 dan Indeks Perindustrian Dow Jones susut semalam, diheret saham tenaga yang berdepan kejatuhan terburuk dalam tempoh hampir enam bulan.

Sektor tenaga merosot 2.5 peratus, penurunan terbesar sejak pertengahan September tahun lalu.

Ia turut menjejaskan prestasi harga minyak yang susut lebih lima peratus berikutan peningkatan lebih kukuh daripada jangkaan dalam inventori Amerika Syarikat (AS).

"Berita lebih baik berlaku mengenai pemotongan pengeluaran," kata Tim Ghriskey, Ketua Pegawai Pelaburan Solaris Group di Bedford Hills, New York.

Ketika ini, katanya, dapat dilihat peningkatan dalam inventori dan pengeluar minyak syal memperoleh sedikit keuntungan terutama di AS.

Sementara itu, indeks utama di Wall Street kekal di paras tertinggi, dipacu oleh jangkaan dasar pro-pertumbuhan di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

Indeks Perindustrian Dow Jones merosot 69.17 mata atau 0.33 peratus kepada 20,855.59, manakala S&P 500 kehilangan 5.41 mata, atau 0.23 peratus kepada 2,362.98.

Indeks Komposit Nasdaq menokok 3.62 mata, atau 0.06 peratus kepada 5,837.55. - Reuters

Berita Harian X