Rabu, 8 March 2017 | 10:13am

Brent susut kepada AS$55.63 setong

SINGAPURA: Harga minyak mentah susut di pasaran Asia hari ini selepas data industri menunjukkan potensi pertumbuhan inventori untuk sembilan minggu berturut-turut.

Ia sekali gus menjadi kebimbangan baharu berhubung lebihan bekalan minyak mentah, meskipun ada kawalan pengurangan bekalan oleh OPEC dan ahli bukan OPEC.

Minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) susut 32 cent atau 0.6 peratus kepada AS$52.82 setong pada 0107 GMT, selepas menamatkan dagangan susut 0.1 peratus.

Minyak mentah Brent susut 29 cent atau 0.5 peratus kepada AS$55.63 setong selepas ditutup susut 0.2 peratus pada sesi sebelumnya.

"Harga minyak berada berada dalam jajarannya. OPEC akan melaksanakan pengurangan bekalan jika harga susut di bawah AS$50 setong; AS pula akan menghasilkan lebih banyak minyak jika harga melepasi AS$55 setong," kata Ketua Pegawai Pelaburan Ayers Alliance, Jonathan Barratt di Sydney.

Saham minyak mentah AS meningkat 11.6 juta tong minggu lalu, demikian menurut kumpulan industri American Petroleum Institute (API). - Reuters

Berita Harian X