Jumaat, 3 March 2017 | 6:23pm
GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Saham KL ditutup lebih rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung seiring dengan pasaran serantau.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.29 mata kepada 1,708.38, selepas bergerak antara 1,704.33 dan 1,1716.03 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Indeks dibuka 1.14 mata lebih rendah kepada 1,714.53 daripada penutup Khamis iaitu 1,715.67.

Persekitaran pasaran berada pada jajaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 508 kepada 407, dengan 349 kaunter tidak berubah, 432 tidak didagangkan dan 14 lagi digantung.

Jumlah dagangan berada pada 3.41 bilion unit bernilai RM2.63 bilion berbanding 3.13 bilion bernilai RM3.05 bilion semalam. - BERNAMA

Berita Harian X