Khamis, 2 March 2017 | 11:48pm

Saham AS dijangka terus momentum

NEW YORK: Saham AS dijangka terus meningkat pada pembukaan dagangan hari ini.

Jangkaan itu hadir selepas ia mencatat satu lagi rekod pada Khamis selepas data ekonomi yang kukuh menambah keyakinan berhubung ekonomi AS.

Indeks utama Wall Street mencatat kenaikan pada Rabu dan Dow Jones Industrial Average melepasi paras 21,000 mata, dipacu oleh nada lebih meyakinkan daripada Presiden AS, Donald Trump dalam ucapannya kepada Kongres.

Saham perbankan juga mencatat kenaikan disokong kemungkinan kenaikan kadar faedah bulan ini.

Laporan daripada Jabatan Buruh pada Khamis menunjukkan jumlah rakyat Amerika memohon tuntutan pekerjaan susut kepada paras 44 tahun rendah minggu lalu, menunjukkan pengukuhan berterusan dalam pasaran buruh.

Data yang disokong komen menggalakkan yang tergesa-gesa berhubung ekonomi oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) yang meletakkan peluang lebih tinggi untuk kenaikan kadar dalam tempoh dua minggu. Pengerusi Fed, Janet Yellen dijangka memberi ucapan pada esok.

Lembaga Pengarah Gabenor Fed, Lael Brainard, individu yang sentiasa berhati-hati mengenai kadar, berkata pergerakan kadar mungkin hadir 'tidak lama lagi'.

Berkemungkinan peluang pergerakan kadar faedah bulan ini melonjak kepada 74 peratus, demikian menurut data Thomson Reuters. Sebelum ucapan Presiden Fed New York berpengaruh, William Dudley pada Selasa, peluang kenaikan sekitar 30 peratus.

Indeks dolar naik pada Khamis selepas mencatat peningkatan terbesar menghampiri paras lapan minggu tinggi sehari sebelumnya.

E-mini Dow naik 33 mata atau 0.16 peratus pada 1331 GMT) dengan 26,591 kontrak bertukar tangan.

E-mini S&P 500 juga menokok 0.25 mata atau 0.01 peratus membabitkan urus niaga 153,230 kontrak.

E-mini Nasdaq 100 pula naik 5.75 mata atau 0.11 peratus dengan jumlah 21,406 kontrak.

Reuters

Berita Harian X