Jumaat, 24 Februari 2017 | 9:40am

Brent diniagakan AS$56.45 setong

gn4id:19141105

TOKYO: Harga minyak AS susut selepas data yang diumumkan kerajaan pada lewat petang semalam menunjukkan bekalan meningkat tujuh minggu berturut-turut.

Walaupun kerugian tidak berganjak berikutan peningkatan inventori, ia kekal di bawah jangkaan.

Minyak mentah AS, West Texas Intermediate susut 13 cent atau 0.2 peratus kepada AS$54.32 setong pada 0048 GMT, selepas ditutup 86 cent lebih tinggi pada sesi sebelumnya.

Minyak mentah Brent diniagakan rendah 13 cent atau 0.2 peratus kepada AS$56.45. Kontrak meningkat 74 cent pada sesi sebelumnya untuk ditutup kepada AS$56.58.

Inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 564,000 tong pada minggu berakhir 17 Februari, naik buat tujuh minggu berturut-turut walaupun ia di bawah jangkaan penganalisis iaitu kenaikan 3.5 juta tong, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Inventori petrol susut lebih daripada jangkaan selepas kilang penapis mengurangkan pengeluaran, kata EIA.

- Reuters

Berita Harian X