Rabu, 15 Februari 2017 | 4:43pm

Regal Hotels tawar mata ganjaran kepada ahli Enrich

Oleh Shahrizan Salian

shahrizan_salian@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Regal Hotels Enters menjalin kerjasama strategik bersama Program Penumpang Kerap Malaysia Airlines, Enrich untuk memberikan mata ganjaran penerbangan kepada pelanggan hotel berkenaan.

Bermula sekarang, ahli Enrich layak mendapatkan 600 mata Miles bagi setiap penginapan di Regal Hotels dan 300 mata Miles di iclub Hotels, dengan kadar bilik tertentu.

Kerjasama itu akan mewujudkan sinergi yang ditawarkan oleh kedua-dua jenama selain meningkatkan hubungan bersama pelanggan.

Regal Hotels akan terus memberikan pengalaman dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

Ketua Enrich dan Kesetiaan Malaysia Airlines, Khairul Nisa Ismail, berkata pihaknya gembira bekerjasama dengan Regal Hotels kerana syarikat penerbangan nasional itu sentiasa mencari kaedah untuk memberikan ganjaran kepada ahli, khususnya yang sering menggunakan laluan China.

Katanya, kerjasama itu tepat pada waktunya kerana Malaysia Airlines sudah menambah penerbangan harian kedua antara Kuala Lumpur dan Shanghai.

"Bagi ahli Enrich yang bercadang untuk melawat Hong Kong dan menginap di kemudahan Regal di sana, mereka boleh merancang menggunakan pesawat A330 yang menawarkan keselesaan tempat duduk kelas perniagaan," katanya.

Berita Harian X